Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Riak Ramadan, Antara Kongsi Amal Dan Megah Diri

Riak. Boleh jadi pada wajah, boleh pada hati. Yang mana yang patut dijauhi?

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 10:00AM

Gambar: Rodnae Productions, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila perkataan 'riak' disuakan, secara spontan ada dua riak yang lazim terlintas di minda-- riak wajah atau rasa riak hati.

Riak wajah membawa maksud air muka, luahan rasa yang terpapar pada wajah sedangkan riak hati adalah satu-satunya perkara yang sukar dijatuhi hukuman yang tepat melainkan ia dinyatakan secara bertulis atau dengan luahan kata-kata yang jelas menjurus kepada rasa riak dan bangga.

Maka, adalah lebih mudah menelah riak wajah kerana ia dapat dilihat secara visual. Sebagai contoh, orangnya nampak garang, lembut penyayang, bijak berilmu dan seterusnya.

Pun begitu, ia bukan tafsiran total yang tepat kerana kita juga menilai menggunakan firasat. Jika tidak, masakan wujud penjenayah atau pelaku keganasan yang wajahnya tenang, lembut bersahaja.

Kita biarkan sebentar riak wajah terus berteka-teki kerana apa yang ingin dibincang dan diperkatakan lebih menjurus kepada riak hati atau rasa riak.

Memandangkan saya yang menulis dan tentunya saya diminta menulis kerana saya bagus dalam bidang  penulisan. Ya, anda yang sedang membaca tulisan saya yang gah ini, dengar, saya sedang bicara dengan anda.  

Anda hanya tahu membaca tetapi tidak mungkin boleh menulis sebaik dan sehebat saya! Maka serta-merta riak wajah anda yang membaca berubah dengan pelbagai firasat yang melewati minda, melintas di hati. 

Biarlah riak itu dinilai dan diadili oleh Yang Maha Esa.

Itulah adatnya manusia dan sifat sangka-menyangka yang tidak pernah terpisah. Maka seharusnya kesilapan jiwa adat manusia yang diwarisi turun-temurun itu diubah. Dibentuk semula agar lebih benar, lebih nyata dan lebih perkasa.

Duhai sekalian teman pembaca Getaran, ketahuilah kalian bahawa sesungguhnya ada tiga komponen utama yang sering disalah ertikan dan kini harus difahami kembali. Saya dengan bangganya mempersembahkan:-

Ujub

Bangga akan diri sendiri, kagum dengan diri berbekalkan kelebihan atau keistimewaan. Ia termasuk peribadi, individu sekitarnya, harta benda, kecantikan, kebijaksanaan, anggota keluarga dan apa sahaja yang akrab dengan dirinya.

Takbur

Sifat yang paling ditakuti dan seharusnya dijauhi. Takbur amat membahayakan diri. Ramuan jahil, angkuh dan ingkar membawa kepada takbur mempunyai reaksi negatif yang sangat luar biasa. Ada yang ingin menyaingi kekuasaan Tuhan, bertuhankan manusia dan tembok kebal kepada semua perkara baik.

Riak

Tiada keikhlasan melakukan kebaikan selain niat ingin mendapatkan perhatian dan pujian semata-mata. Ingin kebaikannya disedari dan mengharapkan ia menjadi nilai tambah di mata masyarakat.

Mari kita dekati ‘riak’ sebentar meski anda rasa ia menjengkelkan, tetapi, usah terus menafi, kerana dalam sedar atau tidak, anda dan saya juga pernah dan akan terus mengulanginya lagi. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.

Hentikan semua penularan wabak minda yang akhirnya akan menghalang kemajuan sesiapa pun.

Saya masih ingat, satu ketika dulu tanda pagar #donetarawih, #donebayarzakat, #donesolat dan segala jenis ‘done’ diguna pakai dan dikongsikan di semua lapangan media sosial. Dan ia kembali trending apabila Ramadan tiba.

Justeru, anda dan saya pun menang tanpa bertanding dan melantik diri sendiri serta menduduki kerusi penghakiman yang halimunan.

Nah, dacing sudah tersedia. Marilah kita bersama-sama membuat pertimbangan. Eh, nanti dulu. Dacing anda dan dacing saya tidak sama. Saya tidak menilai semua jenis #done yang didasari perkara baik sebagai ancaman riak.

Kenapa anda terancam dengan #done atau apa saja perkongsian positif sesiapa pun di laman media sosial sehingga terus mensasar dan menjatuh hukum bahawa dia bersifat riak dan bongkak?

Jinakkan sedikit sifat sangka-menyangka yang liar. Jangan biarkan ia tidak terkawal sehingga mengundang iri dan dengki bertapa di dalam hati.

Saya menilai, maaf, salah. Saya hanya mentafsir. Menilai ini hanya milik dan hak Tuhan semutlaknya. Tafsiran itu paling tepat untuk anda dan saya gunakan.

Pada saya, mudah sahaja. Andai semua #done yang dikongsi itu bersifat baik atau apa sahaja perkara yang ingin dikongsikan itu tidak membuatkan sumber kewangan anda dipotong atau anda dijangkiti wabak penyakit berjangkit, ia hak peribadi empunya akaun media social itu.  

Asalkan ia tidak mengganggu atau menggugat kesejahteraan masyarakat, menjatuhkan maruah bangsa, agama dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada sesiapa pun, maka biarkan sahaja.

Kenapa anda terancam dengan ‘#done’ atau apa saja perkongsian positif di laman media sosial?

Sejujurnya, mata kita yang tidak senang, lantas menggamit hati untuk bersangka buruk. Dan terus kita menuduh dia riak kerana dia berkongsi perkara atau amalan baik yang ringkas dan boleh dilakukan atau dimiliki oleh sesiapa pun.

Apakah salah atau satu jenayah andai ingin berkongsi kebaikan yang dilakukan? Ya, memang kita selalu disogokkan dengan kata-kata, ‘Buat perkara baik, jangan ditunjuk’. Tetapi, andai tiada perkara atau amalan baik dilihat, mana mungkin ada teladannya?

Sama juga perihalnya andai kita melihat muat naik sesiapa yang membeli kereta atau beg baru. Kita sewenangnya menista dia dengan tuduhan riak sedangkan kita tidak pernah ambil tahu susah-payah empunya diri mengumpul wang.

Kerja lebih masa, dimaki majikan, masa dengan keluarga terhad dan lagi, lagi dan lagi demi usaha mendapatkan keinginan hati. Selepas sekadar hanya ingin berkongsi kegembiraan dan berniat menjadi sumber motivasi, kita tuduh dia riak.

Helo, sila bangun dan sedar. Ya, saya anda dan kita. Hentikan semua penularan wabak minda yang akhirnya akan menghalang kemajuan sesiapa pun. Seharusnya kita lebih bijak memperhalusi antara riak atau sebaliknya. Dan kita juga harus berhati-hati agar apa yang kita lakukan tidak mengundang salah-sangka dan fitnah.

Riak, ia memang sukar diteliti. Umpama membezakan antara awan dan kabus. Biarlah riak itu dinilai dan diadili oleh Yang Maha Esa.

Jangan kita membunuh amal kebaikan sesiapa dengan tuduhan riak dan dikala kita berjaya meluruh semangat seseorang untuk terus melakukan kebaikan, kemudian kita berasa amat puas.

Sila semak kembali tulisan saya ini. Kita di komponen mana?

Apakah kita lebih suka membaca #donerogol, #donebunuh, #donesamun, #donetipu dan segala macam #done yang buruk lagi terkutuk berbanding #donesolatjumaat, #donetarawih, #donederma?

Lucutkan jawatan penuduh riak. Ambil kebaikan yang dikongsi sebagai motivasi dan ingatlah, hati saya, anda dan kita ini hanya Maha Pencipta sahaja yang mutlak menilai.

Masih kurang faham? Riak atau tidak hanya hati empunya diri dan Tuhan sahaja yang tahu. Niat itu lebih utama. Niat itu hanya milik hati. Hati, hanya Tuhan sahaja yang berhak menilai.

Amalan yang baik seharusnya diberikan galakan, bukan disalah tafsirkan.

Andai terasa diri kecil, tanam azam untuk berbuat baik, jadikan ia sebagai motivasi, bukan mencari helah dengan mengaitkan semua perkara dengan riak.  

Akhir kata, jangan sesekali cuba ambil alih hak Tuhan. Jangan cuba dan jangan pasang niat sekali pun. - Getaran, 16 April 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

2

Refleksi 3 minggu yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

3

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran