Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Trend Simpan Dan Labur Emas: Sudahkah Anda Membayar Zakat Emas?

Habib Jewels dan PPZ-MAIWP melancarkan Kempen Zakat Emas untuk hebahan tentang kepentingan zakat emas dalam kalangan masyarakat Islam.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 9:51AM

Kempen Zakat Emas ini dijalankan kerana terdapat peningkatan trend masyarakat yang membeli, melabur dan menyimpan emas - Gambar Hiasan

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berganding bahu bersama Habib Jewels dengan melancarkan Kempen Zakat Emas.

Mengangkat tema ‘Permata Firdausi’, kerjasama ini bertujuan bagi memberi hebahan tentang kepentingan berzakat, terutamanya zakat emas dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. 

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata Kempen Zakat Emas ini dijalankan kerana terdapat peningkatan trend masyarakat yang membeli, melabur dan menyimpan emas. 

Koleksi Jongkong Emas Habib Bermula 1 gram sehingga 100 gram untuk simpanan pelaburan - Gambar ihsan Habib Jewels
Koleksi Jongkong Emas Habib Bermula 1 gram sehingga 100 gram untuk simpanan pelaburan - Gambar ihsan Habib Jewels

“Selain dapat meningkatkan kesedaran menunaikan zakat emas, kempen ini diilhamkan daripada kesedaran masyarakat tentang kepentingan emas yang dapat mengukuhkan kewangan mereka, yang kini tidak lagi hanya terhad kepada golongan wanita, malah golongan lelaki juga.

“Selain dapat meningkatkan reputasi dan imej syarikat, kerjasama ini dilihat sebagai satu titik mula kepada syarikat-syarikat pengeluar barangan emas di luar sana untuk turut sama menyebarluaskan dakwah zakat emas dalam kalangan pelanggan mereka,” ucap Abdul Hakim.

Abdul Hakim Amir Osman
Abdul Hakim Amir Osman

Pengurus Besar Kanan Jualan dan Pemasaran Habib, Zaruddin Mahmud pula berkata permintaan terhadap barangan kemas dan emas jongkong semakin meningkat.

“Ia menjadi tanggungjawab kami untuk menguar-uarkan kewajipan umat Islam untuk berzakat ke atas barangan emas mereka dan memberi ilmu pengetahuan mengenai pembayaran zakat emas serta memberi kemudahan untuk pembayaran zakat emas tersebut dilakukan.

“Kerjasama ini diharapkan dapat mengubah persepsi para pelanggan terhadap kewajiban membayar zakat emas, di mana pembayaran zakat emas ini bukanlah sesuatu yang rumit, malah prosesnya sangat mudah jika kita mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam,” ujar Zaruddin.

Zaruddin Mahmud
Zaruddin Mahmud

Menariknya, beberapa siri Program Bual Bicara Santai bakal diadakan bagi sesi perkongsian ilmu mengenai topik-topik menarik berkenaan zakat. 

PPZ-MAIWP turut menyediakan sesi konsultasi secara peribadi untuk taksiran bayaran zakat, pakej wakalah, agihan zakat dan banyak lagi. 

Bukan itu sahaja, pelanggan Habib juga ditawarkan Skim Kafalah Muzakki (khairat kematian) sekiranya menunaikan zakat di PPZ-MAIWP. Jika berlaku kematian kepada pembayar, waris boleh menuntut wang khairat kematian sehingga RM3,000. 

Istimewanya, kempen ini turut menawarkan pelbagai hadiah istimewa berupa baucar tunai Habib yang bernilai sehingga RM10,000 dan 10 syiling wafer emas edisi terhad Habib kepada pembayar zakat bertuah yang menunaikan zakat emas di PPZ-MAIWP bermula 1 hingga 30 September 2022.

Layari Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  untuk maklumat lanjut. – Getaran, 2 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

 MAIS, SPRM Jalin Kerjasama Elak Penyelewengan Wang Sumbangan, Zakat

2

TARA 1 tahun yang lalu

Zakat Fitrah Orang Yang Meninggal Dunia Di bulan Ramadan Wajib Dibayar Tetapi…

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Elak Risiko, Usah Tangguh Bayaran Zakat Fitrah

4

TARA 1 tahun yang lalu

Sharifah Rose, Wajah Selebriti Untuk Koleksi Raya Habib Yang Berinspirasikan Sulaman Tekat

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki