web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


OKU Tanpa Tangan Buktikan Mampu Jadi Tukang Jahit Berjaya

Kekurangan diri bukan penghalang bagi Nik Suriyati Zakaria, 38, memilih untuk menjadi tukang jahit pakaian di Felda Chiku 5, Gua Musang, Kelantan.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 5:40PM

Nik Suriyati Zakaria berjaya membuktikan beliau mampu menjadi tukang jahit yang berjaya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun lahir tanpa tangan dan kaki, Nik Suriyati Zakaria, 38, berjaya membuktikan beliau mampu menjadi tukang jahit yang berjaya.

Nik Suriyati yang mesra dipanggil Angah berkata segalanya bermula ketika beliau berusia 14 tahun apabila memberanikan diri mengikuti bengkel jahitan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di kawasan perumahannya.

Berkat kesabaran, Nik Suriyati berjaya membuktikan kekurangannya bukan penghalang untuk berjaya. - Gambar Bernama
Berkat kesabaran, Nik Suriyati berjaya membuktikan kekurangannya bukan penghalang untuk berjaya. - Gambar Bernama

"Ketika itu guru jahitan berasa waswas untuk menerima saya sebagai pelajarnya memandangkan saya adalah Orang Kurang Upaya (OKU).

"Namun begitu guru tersebut tetap memberi peluang selepas melihat saya menunjukkan kesungguhan untuk menyertai kelas jahitan itu," katanya kepada pemberita di Felda Chiku 5, di sini hari ini.

Berkat kesabaran, Nik Suriyati berjaya membuktikan kekurangannya bukan penghalang apabila dalam tempoh sebulan beliau berjaya menggunakan mesin jahit dengan baik.

"Hasil jahitan pertama adalah uniform sekolah saya sendiri yang dihasilkan menggunakan kelengkapan jahitan di bengkel KEMAS itu," katanya.

Nik Suriyati ketika ini mampu tersenyum lebar apabila bergelar tukang jahit sepenuh masa yang beroperasi dari rumah dengan memiliki alatan menjahit lengkap seperti mesin jahit, mesin kelim, mesin tebuk lubang, mesin sulam berkomputer serta mesin tekap manik.

Nik Suriyati bersama sebahagian tempahan jahitan yang disiapkannya. - Gambar Bernama
Nik Suriyati bersama sebahagian tempahan jahitan yang disiapkannya. - Gambar Bernama

"Saya terima antara 10 hingga 20 tempahan sebulan, jumlah itu boleh meningkaOrang t hingga 50 tempahan pada musim perayaan.

"Saya boleh menjahit pakaian wanita, lelaki, membuat tekapan manik dan tudung," katanya.

Sebagai OKU, Nik Suriyati mempunyai pesanan kepada golongan tersebut.

"Kekal tabah dalam menjalani hidup dan jangan mudah berputus asa kerana di sebalik kekurangan pasti ada kelebihan yang tersembunyi," katanya.

Kejayaan Nik Suriyati turut menarik perhatian Kerajaan Kelantan dengan dianugerahkan sebagai Tokoh Usahawan OKU sempena Hari OKU Muqarrabun 2022, April lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

Semasa 3 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

Semasa 5 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 23 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN

Gaya 2 jam yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

Piala Dunia adalah tentang impian, kenangan dan pengalaman yang sukar digantikan dengan apa jua acara sukan lain di dunia

oleh Rahayu MN