Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ramai Rakyat Menyemai Cinta Melalui Ciapan

Uniknya, rakyat Malaysia kini turut menggunakan laman sosial Twitter untuk mencari pasangan hidup.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 4:00PM

Gambar hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mencari cinta merupakan satu cabaran buat ramai orang. Tidak semua orang menemui cinta dengan mudah.

Di zaman moden ini penggunaan media sosial dalam kembara cinta adalah sesuatu yang semakin normal, namun pasti ramai yang tidak tahu bahawa cinta juga boleh dicari dan disemai melalui ciapan!

Ya, rakyat Malaysia kini turut menggunakan platform Twitter untuk mencari pasangan hidup. 

Dilancarkan pada 2018, akaun @TwtJodohMY telah berkembang menjadi akaun yang dipercayai oleh pengguna Twitter di Malaysia yang ingin mencari jodoh dan pada masa yang sama menggalakkan cara baharu untuk bertemu bakal kekasih. 

“Nak cari pasangan hidup tak semudah yang disangka. Peranan @TwtJodohMY’s hanyalah sebanyak 10% manakala selebihnya bergantung kepada calon pencari jodoh itu sendiri,” jelas pengasas akaun tersebut. 

Pendiri akaun @TwtJodohMY menggunakan Twitter kerana mereka percaya bahawa maklumat boleh disebarkan dengan lebih pantas melalui servis tersebut. Hal ini membolehkan akaun itu membantu pengikutnya mencari jodoh yang sesuai melalui fungsi 'Retweet.'

“Lebih memudahkan lagi ialah rata-rata pengguna Twitter berumur di antara 18 hingga 30 tahun, yang merupakan tempoh terbaik untuk seseorang mencari pasangan,” ujar pengasas akaun itu lagi. 

Rakyat Malaysia yang ingin bertemu jodoh melalui sistem ini hendaklah memulakan ciapan dengan memperkenalkan diri, ciri-ciri pasangan idaman, gambar tersendiri dan tag akaun @TwtJodohMY. 

Setelah diciap, calon dikehendaki menghantar pesanan langsung atau Direct Message (DM) kepada @TwtJodohMY. Selepas calon memenuhi semua syarat yang ditetapkan, barulah ciapan mereka itu diciap semula atau Retweet oleh @TwtJodohMY. 

Selain membantu dalam pencarian jodoh, akaun ini turut menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia di Twitter untuk menyampaikan mesej mereka kepada orang yang disukai. 

Namun begitu, walaupun semua aktiviti ini percuma untuk digunakan, terdapat beberapa terma dan syarat yang mesti dipenuhi, contohnya calon hendaklah memiliki akaun Twitter yang aktif serta menggunakan gambar profil mereka sendiri. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya sejauh mana keberkesanannya bukan? Berikut adalah maklumat lanjut tentang beberapa pasangan yang berjaya bertemu jodoh melalui cara ini dan bagaimana mereka membina hubungan bermakna yang berkekalan.

“Saya minta pertolongan dari @TwtJodohMY dan meninggalkan komen di situ mengatakan bahawa saya sedang mencari seseorang untuk hidup bersama sepanjang hayat,” ujar Nureen memulakan kisahnya. 

“Satu hari, saya perasan ada seseorang yang mengikuti saya di Twitter. Rasa nak tahu siapa, jadi saya lihatlah gambar profilnya, dan saya terkejut sangat bila tahu jejaka tersebut ialah Najmudin, orang yang saya minati ketika kuliah dulu!” 

Selepas bermesej melalui ‘Direct Message’, pasangan ini memutuskan untuk bertunang dan berkahwin enam bulan kemudian. 

“Tak sangka dapat berhubung semula dengan crush lama saya di Twitter. Masa kuliah dulu, kami tak pernah pun bercakap dan berjumpa. Dulu saya pernah berdoa, sekiranya Najmudin takdirkan sebagai jodoh saya, saya berharap Tuhan temukan semula kami di masa hadapan.” 

Nureen memutuskan untuk mencari jodoh dengan cara itu atas cadangan kakak dan sepupunya. Menurut mereka, @TwtJodohMY amat cekap dan berkesan terutama sekali dalam proses saringan calon yang serius. 

Wanita ini turut mengesyorkan kepada beberapa temannya agar cuba mencari jodoh melalui cara yang sama. Apabila ditanya tentang tip untuk menghantar pesanan langsung kepada seseorang, Nureen menasihati mereka yang ingin mencari jodoh untuk memberi salam kepada calon pasangan dengan sopan.

“Pertemuan kami terjadi pada hari kedua selepas saya post di @TwtJodohMY. Suami saya menghantar ‘Direct Message’ pada jam 1 pagi dan memberi salam secara santai, iaitu ‘Assalamualaikum, Bismillah’. Saya yang masih belum tidur pun membalas dengan ‘Waalaikumsalam, Sadaqallah’. Saja nak tengok dia ni jenis yang cepat 'koyak' atau tak,” gurau Haslinda (@hslndhmdn). 

Wanita berperwatakan lucu dan riang ini juga mengaku bahawa detik paling romantis yang terjadi di Twitter ialah apabila suaminya itu memberitahu jumlah gajinya dengan penuh jujur!

Seperti kebanyakan pencari jodoh yang lain, Haslinda turut tidak terkecuali dalam berdepan dengan pelbagai halangan sebelum ini. 

Tangkapan layar akaun Twitter @hslndhmdn
Tangkapan layar akaun Twitter @hslndhmdn

“Saya dah tak nak bertemu dengan mereka yang hanya nak bermain sahaja. Sebab tu saya terdetik nak pergi ke @TwtJodohMY lepas menyaksikan banyak kisah yang berjaya. Ramai orang di Twitter yang bersifat terbuka, jadi saya rasa itu juga salah satu sebabnya suami saya boleh menemui saya dengan mudah.”

Haslinda berkongsi tip untuk para gadis agar jangan malu mendekati seseorang yang diminati di laman sosial.

“Balasan pertamanya boleh menentukan siapa dia. Sementara itu, saya menasihati golongan lelaki supaya mengelak daripada memulakan perbualan dengan gurauan yang hambar, kerana perempuan mungkin mendapati gurauan itu adalah sesuatu yang tidak menyenangkan.”

Haslinda turut meluahkan rasa bertuah kerana dapat menemui jodohnya di laman sosial itu. Tetapi tidak menafikan tidak semua orang akan mendapat hasil yang sama. 

“Apa pun, cuba dan lakukan yang terbaik. Tak rugi mencuba,” ujarnya. -  Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 8 bulan yang lalu

Logo Baharu Twitter 'X' Diturunkan Dari Ibu Pejabat Selepas Aduan

2

TARA 8 bulan yang lalu

10 Perkara Mengenai Aplikasi X Yang Anda Perlu Tahu

3

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Saingan Baharu Twitter, Threads Melepasi 10 Juta Pengguna, Kata Zuckerberg

4

Politik 9 bulan yang lalu

Buat Ciapan Biadab, PM Arah Zaki Yamani Mohon Maaf

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 9 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran