web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kecacatan Binatang Korban Yang Tidak Sah Sembelihnya

Haiwan yang mempunyai kecacatan dan aib adalah tidak sah dijadikan korban untuk perayaan Aidiladha.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2022 9:30AM

Tahap kesihatan binatang untuk disembelih perlu diberi perhatian kerana ia merupakan salah satu rukun ibadah korban. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibadah korban merupakan salah satu amal sunat muakkad (sunat yang dituntut) di dalam agama Islam. Korban yang dimaksudkan merujuk kepada binatang ternakan yang disembelih bagi meraikan perayaan Aidiladha pada setiap tahun.

Korban 1

Individu yang sudah mempunyai kemampuan untuk melaksanakan ibadah ini namun tidak melaksanakannya tanpa sebarang keuzuran tidak berdosa menurut hukum Islam, namun dianggap makruh.

Antara haiwan-haiwan yang popular dijadikan korban ialah lembu, kambing dan seumpamanya. Terdapat dalil pensyariatan  ibadah korban bagi mereka yang mampu berdasarkan firman Allah SWT:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”

Surah al-Khauthar (2)

Ibadah korban merupakan salah satu amal sunat muakkad.
Ibadah korban merupakan salah satu amal sunat muakkad.

Korban 2

Selain menjadi salah satu penyeri ketika perayaan, ibadah korban juga dilakukan sempena memperingati kisah Nabi Ibrahim A S yang taat atas perintah Allah untuk menyembelih anak kesayangannya nabi Ismail A S.

Walau bagaimanapun, tahap kesihatan binatang yang baik dan sihat untuk disembelih perlu diberi perhatian kerana ia merupakan salah satu rukun ibadah korban.

Korban 3

Segmen Refleksi hari ini membuat perkongsian tentang kecacatan binatang korban yang tidak sah disembelih.

Korban 4

Ini termasuk haiwan yang sedang bunting kerana menurut pandangan mazhab al-Syafie, keadaan hamil itu merupakan satu kekurangan buat haiwan tersebut kerana ia menjejaskan kualitinya.

Daging haiwan yang hamil masih boleh dimakan dan disedekahkan kepada orang ramai cuma ia tidak dikira sebagai ibadah korban.
Daging haiwan yang hamil masih boleh dimakan dan disedekahkan kepada orang ramai cuma ia tidak dikira sebagai ibadah korban.

Walau bagaimanapun, daging haiwan yang hamil tersebut masih boleh dimakan dan disedekahkan kepada orang ramai cuma ia tidak dikira sebagai ibadah korban.

Korban 5

Antara kecacatan lain yang tidak sah sembelihannya untuk ibadah korban ialah mata yang buta walaupun hanya sebelah mata sahaja.

Lembu yang terlalu kurus juga tidak sah korbannya kerana dikhuatiri akan memberi kesan terhadap kuantiti daging ketika agihan dilakukan.

Selain itu, binatang yang tempang kakinya dengan ketara, terputus telinga atau mempunyai kecacatan yang lebih teruk dari itu juga tidak sah dikorbankan. Hal ini seperti yang disebut oleh Imam al-Nawawi, bahawa:

وشرطها سلامة من عيب ينقص لحما

Maksudnya: Syaratnya (haiwan yang dijadikan binatang korban) ialah mestilah bebas daripada aib yang menyebabkan daging haiwan tersebut berkurang.

 (Rujuk Minhaj al-Talibin, 1:320)

Namun jika ia tidak jelas kecacatannya, seperti tidak terlalu kurus atau tidak ketara tempangnya maka sah untuk dijadikan haiwan sembelihan korban.

Antara kecacatan lain yang tidak sah sembelihannya untuk ibadah korban ialah mata yang buta walaupun hanya sebelah mata sahaja.
Antara kecacatan lain yang tidak sah sembelihannya untuk ibadah korban ialah mata yang buta walaupun hanya sebelah mata sahaja.

Korban 6

Bagaimana pula dengan tanduk haiwan yang patah? Keadaan ini perlu dilihat secara teliti. Jika situasi tersebut tidak mengurangkan daging untuk diagihkan, hukumnya sah. Jikalau ia tercabut atau patah sehingga ke pangkalnya, maka tidak sah untuk dijadikan ibadah korban.

Oleh itu, menjelang hari raya Aidiladha yang akan tiba tidak lama lagi, sama-samalah kita merafakkan kesyukuran terhadap Ilahi kerana masih diberi peluang untuk menikmati salah satu hari bersejarah bagi umat Islam ini.

Semoga ibadah yang kita lakukan pada hari tersebut mendapat pahala daripada Allah. - Getaran, 8 Julai 2022.

Suber: Mufti Wilayah Persekutuan

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Korban Nahas Kuala Krai Meningkat 4 Orang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Isu, Pernikahan Sabri Yunus - Ardini Sah Mengikut Syarak

4

TARA 3 tahun yang lalu

Hidup Ini Satu Pengorbanan, Jadi Jangan Mengeluh

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Gaya 12 jam yang lalu

The Food Yard, ‘Port’ Makan Santai Baharu Menanti Anda!

oleh Sophia Ahmad