Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


6 Hari Lagi Wukuf, Jemaah Malaysia Buat Persediaan Rohani

Rata-rata jemaah melahirkan keterujaan untuk melaksanakan ibadah rukun Islam kelima itu dan berharap pergerakan mereka dipermudahkan serta berjalan lancar.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 5:14PM

Suasana di sekitar Jabal Rahmah pada musim haji tahun 2017 - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berbaki enam hari lagi sebelum hari wukuf dan bergerak ke Arafah pada Khamis, jemaah haji Malaysia mula melakukan pelbagai persediaan kerohanian.

Sesetengah jemaah melakukan ulang kaji tentang rukun dan wajib haji bersama rakan sebilik, menghadiri ceramah agama di maktab (penginapan) masing-masing dan ada yang berjumpa sendiri dengan petugas Lembaga Tabung Haji (TH).

Pengarah Operasi Bimbingan TH Ustaz Tengku Aziz Raja Abdullah berkata, beliau sentiasa menasihatkan jemaah Malaysia agar menjaga kesihatan dan memperbanyakkan aktiviti ibadah ketika berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Jemaah haji disaran agar melaksanakan ibadah di surau yang disediakan TH atau di bilik penginapan masing-masing ekoran keadaan cuaca panas bagi merehatkan diri sebelum tiba hari kemuncak. - Gambar fail
Jemaah haji disaran agar melaksanakan ibadah di surau yang disediakan TH atau di bilik penginapan masing-masing ekoran keadaan cuaca panas bagi merehatkan diri sebelum tiba hari kemuncak. - Gambar fail

"Beberapa hari lagi, jemaah akan berangkat ke Arafah untuk laksana rukun haji iaitu wukuf...kemudian melaksanakan wajib haji dengan bermalam di Muzdalifah, seterusnya bergerak ke Mina untuk melakukan lontaran Jamrah Kubra serta bermalam di Mina.

"Untuk persiapan berangkat ke Arafah dari segi kerohanian saya tekankan supaya jemaah haji perbanyakkan doa kepada Allah, mengharapkan supaya Allah ampunkan dosa dan mempermudahkan perjalanan ibadah mereka,” katanya selepas mengadakan ceramah agama di bangunan penginapan dan ibu pejabat TH di Abraj Al Janadriah, di Makkah.

Selain itu beliau turut menyarankan jemaah haji agar melaksanakan ibadah di surau yang disediakan TH atau di bilik penginapan masing-masing ekoran keadaan cuaca panas bagi merehatkan diri sebelum tiba hari kemuncak.

Sementara itu, rata-rata jemaah yang ditemui pemberita melahirkan keterujaan untuk melaksanakan ibadah rukun Islam kelima itu dan berharap pergerakan mereka dipermudahkan.

Di Arafah, jemaah haji dinasihatkan untuk memperbanyakkan doa kepada Allah, mengharapkan supaya Allah ampunkan dosa dan mempermudahkan perjalanan ibadah mereka - Gambar Fail
Di Arafah, jemaah haji dinasihatkan untuk memperbanyakkan doa kepada Allah, mengharapkan supaya Allah ampunkan dosa dan mempermudahkan perjalanan ibadah mereka - Gambar Fail

Noorhisyam Yaakob, 43 berkata sejak tiba di Tanah Suci bersama isteri pada 18 Jun lepas, perasaannya sentiasa bercampur baur apatah lagi setelah dimaklum haji tahun ini adalah Haji Akbar, yang mempunyai kelebihan tersendiri.

"Perasaan ini sangat luluh...sejak dapat panggilan haji, hati ini sebak berbaur gembira. Jejak sahaja Madinah berasa syukur tak terhingga apatah lagi kami ini panggilan saat akhir.

"Tak tergambar perasaan ini. Pada hari wukuf kelak, saya hanya mengharapkan reda Allah...diberi pengampunan,” katanya yang turut mengikuti program ceramah anjuran TH dari semasa ke semasa.

Selain itu, Mohd Khairul Hisham Mohd Daud, 42, berkata sebelum tiba hari wukuf, masih banyak yang beliau perlu tambah baik, apatah lagi baharu pertama kali melakukan ibadah itu.

"Ibu saya meninggal dunia ketika usianya 37 tahun dan masih muda...saya masih dibangku sekolah ketika itu. Tidak sampai hajat ibu nak ke Tanah Suci. Saya datang ke sini memang nak berdoa apa yang terbaik untuk ibu saya,” katanya yang kerap mengadakan perbincangan tentang hal ehwal agama dengan jemaah lain.

Seorang lagi jemaah Malaysia, Ahmad Safwan, 30, berkata beliau sentiasa menjaga kesihatan fizikal dan mental serta menghadiri banyak majlis ilmu berkaitan rukun dan wajib haji agar dapat melaksanakannya dengan baik.

Hasratnya, apabila tiba hari wukuf kelak, ia akan dimanfaatkan dengan berdoa untuk mendapatkan pengampunan dan keredaan, bukan sahaja untuk dirinya dan keluarga tetapi juga kepada rakan serta umat Islam yang lain. - Bernama
 

Isu Pada

Anna Jobling – Tentang ‘Beauty Privilege’

02 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Disyorkan untuk anda

Jelajah 8 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY