Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Haji - Khidmat Penjagaan Spiritual Dilaksana Di Tanah Suci

Khidmat penjagaan spiritual di Tanah Suci, mungkin ia agak pelik tetapi itulah perkhidmatan terbaharu yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH), kepada jemaah bagi menyesuaikan keperluan semasa.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 10:01AM

Gambar hiasan oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Khidmat penjagaan spiritual di Tanah Suci, mungkin ia agak pelik tetapi itulah perkhidmatan terbaharu yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH), kepada jemaah bagi menyesuaikan keperluan semasa.

Pegawai Perubatan Spiritual Dr Ahmad Fahmi Md Sahray berkata beliau bukan sahaja akan menerima pesakit yang datang ke pusat perubatan, tetapi juga melakukan kunjungan dari bilik ke bilik.

"Dalam konteks perlaksanaan haji semasa menjalani ibadah di Tanah Suci, terdapat satu keadaan yang dipanggil 'heightened spiritual experience' yang dibimbangi boleh memberi kesan kepada seseorang individu sekiranya tidak ditangani dengan baik.

"Ia boleh memberi kesan negatif kepada pesakit, contohnya pesakit mudah untuk mengalami krisis spiritual, hingga menyebabkan mereka tidak mempunyai kekuatan dalam mendepani sesuatu cabaran walaupun ia ujian kecil," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Perubatan TH Syisyah, di Makkah.

Dr Ahmad Fahmi berkata sekiranya aspek spiritual diberi perhatian dengan sewajarnya, pesakit boleh dibimbing untuk memperoleh sumber kekuatan dalam menempuh pelbagai situasi.

Gambar Hiasan Twitter Haramain Sharifain
Gambar Hiasan Twitter Haramain Sharifain

Katanya, terdapat kes pesakit yang dimasukkan ke dalam wad dan timbul persoalan dalam diri pesakit itu sendiri kenapa mereka ditimpa musibah di Tanah Suci, sedangkan mereka telahpun berbuat amalan yang baik.

"...ada pesakit yang merasakan itu sebagai hukuman terhadap dosa mereka yang lalu.

"Persoalan spiritual ini jika tidak dapat dibendung dan ditangani dengan baik. boleh menyebabkan pesakit jatuh dalam krisis spiritual hingga mereka mudah berputus asa untuk meneruskan perjalanan ibadah haji yang lebih mencabar, terutama semasa hari wukuf di Arafah," katanya.

Tambah beliau, definisi spiritualiti dalam bidang kesihatan ialah aspek dalaman seseorang yang mempunyai kaitan dengan pencarian terhadap makna, tujuan kehidupan, hubungan dengan Tuhan juga sesama manusia dan alam sekitar.

Ketika ditanya pengalaman berhadapan pesakit sedemikian, beliau yang bertugas di Unit Spiritualiti dan Kesihatan, Hospital Sungai Buloh berkata terdapat ramai pesakit yang dirujuk, selepas dipantau pakar psikiatri dan pegawai psikologi.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

"Sepanjang berada di tanah suci ini, pernah juga saya temui jemaah yang menangis di luar bilik yang apabila ditanya, jemaah tersebut menyatakan bahawa dia tidak tahan dengan rakan sebilik yang uzur yang menyusahkannya sehingga dilihat menghalang beliau dari menjalani ibadah dengan baik.

"Beliau menganggap perkara itu suatu yang malang sedangkan jika dinilai dari aspek spiritual yang betul, ia sebenarnya boleh dilihat sebagai peluang di mana Allah hendak memberi ganjaran yang lebih besar jika dia membantu insan yang lemah," katanya.

Tambah beliau, apa yang akan diberikan kepada pesakit bukanlah dalam bentuk ubat-ubatan tetapi 'kehadiran yang penuh belas ihsan', dengan kekerapan meluangkan masa bersama pesakit supaya mereka tidak berasa keseorangan dalam berhadapan kesusahan.

Perkhidmatan penjagaan spiritual sinonim dengan perkhidmatan perubatan di negara Barat seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendeposit Diingatkan Tidak Buka Mesej, Hantaran Meragukan - TH

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Pelajar Perempuan Jatuh Bangunan Sedang Jalani Rawatan Psikiatri

3

Luar Negara 8 bulan yang lalu

Peguambela Penyerang Kamal Adli Mohon Penilaian Psikiatri Sekali Lagi

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Operasi Haji Berjalan Lancar - Mohd Na'im

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Jelajah 22 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran