Berita Terkini

12 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


3 Pertimbangan Saat Menerima Khabar Dan Maklumat

Saban hari kita dibanjiri pelbagai maklumat, khabar dan berita baharu dari pelbagai sumber. Apakah pertimbangan yang perlu dilakukan sebelum kita berkongsi maklumat atau khabar itu?

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 9:20AM

Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada era globalisasi yang kian maju ini, penyebaran berita, khabar atau maklumat dapat dilakukan dengan pelbagai kaedah termasuk lewat platform digital.

Ini termasuk rangkaian media sosial seperti Facebook, Instagram dan seumpamanya yang kini dimanfaatkan oleh majoriti penduduk dunia. 

Walau bagaimanapun sebagai individu yang mendengar atau menerima berita, apakah kita yakin terhadap kebenaran dan kesahihan perkara yang disampaikan?

Segmen Refleksi kali ini berkongsi tiga pertimbangan menerima berita dan maklumat sebelum ia diyakini benar tanpa mempunyai sebarang keraguan.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Penelitian Informasi Dan Sumber

Berdasarkan kaedah tabbayun berteraskan ajaran Islam yang merujuk kepada penyelidikan dan semakan asas sesuatu perkara, sebuah informasi yang diterima seharusnya diteliti terlebih dahulu akan kebenaran dan sumbernya.

Ini bagi mengelakkan sebarang maklumat berunsur penipuan atau fitnah yang berpotensi menimbulkan kebencian dan permusuhan antara umat manusia.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Dalam masa yang sama, jangan sesekali melibatkan emosi sewaktu maklumat diterima kerana pemahaman berlandaskan hawa nafsu tidak akan memberikan pengertian serta kebenaran yang telus. 

Seperti rujukan ulama dalam bidang adab al-Bahth wa al-Munazarah ada menyatakan satu kaedah yang masyhur dengan menyebut:

إِنْ كُنْتَ نَاقِلًا فَعَلَيْكَ بِالتَّصْحِيحِ    وَإِنْ كُنْتَ مُدَّعِيًا فَعَلَيْكَ باِلدَّلِيلِ

Maksudnya: “Jika sekiranya kamu menyatakan sesuatu hendaklah kamu mensahihkan dahulu berita itu, dan sekiranya kamu mendakwa hendaklah kamu menyatakan dalil atau bukti. (hlm. 368 dan 381)

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Sebaran Orang Fasiq

Fasiq menurut kamus Dewan Bahasa bermaksud golongan yang tidak mempedulikan perintah Allah. Dalam konteks perbincangan ini, ia merujuk kepada individu yang menyimpang dari agama dan cenderung ke arah kemaksiatan. 

Golongan fasiq adalah kelompok manusia yang amat membimbangkan kerana segala dakyah mereka tidak berlandaskan Islam dan boleh mendorong seseorang untuk sesat dari jalan yang benar. 

Jadi adalah penting untuk mengetahui terlebih dahulu latar belakang seseorang itu apabila menerima kenyataan atau maklumat dari mereka.

Gambar hiasan oleh Sadiq Asyraf Mohd Yusof
Gambar hiasan oleh Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Di Malaysia, lazimnya kenyataan yang berkait rapat dengan hal-hal agama Islam akan dirujuk dengan mufti yang dilantik. 

Ini kerana pemilihan beliau adalah berdasarkan kriteria tertentu yang ditetapkan bagi memberikannya kuasa untuk mengeluarkan kenyataan dengan sahih dan tidak diragui.

Hal Ini bagi mendidik masyarakat untuk merujuk saat menerima berita serta mendapatkan sumber daripada individu yang boleh dipercayai. 

Ia dirujuk menerusi kitab Al-Quran di mana Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” Surah al-Hujurat (6)

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Tidak Menyebarkan Berita Dengan Sewenang-wenangnya.

Tindakan menyebarkan berita palsu serta tidak memiliki sumber sahih amat mudah dilakukan pada zaman ini.

Malah ia sukar dikawal berikutan gelombang teknologi yang wujud. 

Perkara ini sering berlaku dalam jaringan sistem pesanan ringkas seperti Whatsapp, platform media sosial dan banyak lagi. 

Sebagai manusia yang dikurniakan kesempurnaan akal fikiran, jika anda tidak yakin atau pasti berkenaan maklumat yang diterima, jangan sewenang-wenangnya berkongsi mesej tersebut. 

Ambil langkah untuk mengenal pasti terlebih dahulu sebelum menyebarkannya, supaya dijauhi perkara yang berbaur fitnah. 

Sentiasalah berfikiran panjang dan bersangka baik serta tidak gopoh dalam membuat kesimpulan terhadap sesuatu perkhabaran. 

Hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا، إِلَّا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat. (Riwayat Muslim (2590))

Oleh itu hindarilah diri daripada bertindak secara terburu-buru apabila mendapat sesuatu maklumat. Pastikan anda melakukan penyelidikan dahulu bagi memastikan maklumat yang diterima tidak menjadi fitnah ketika menyebarkannya. - Getaran, 24 Jun 2022

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Orang Ramai Diminta Henti Perbuatan Hina Agama Di Media Sosial - Mohd Naim

2

Semasa 5 hari yang lalu

Keselamatan, Kerahsiaan Maklumat PADU Terjamin Daripada Kebocoran

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kongsi Aktiviti Anak Di Media Sosial Undang Risiko Jenayah Seksual

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Selera 2 jam yang lalu

Selepas 50 Tahun, Bubur Lambuk Tetel Masjid Jorak Elahi Tetap Diminati

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Jelajah 1 hari yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi