web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hukum Menanam Tanaman Atas Tanah Orang Lain

Isu ini sering kali menjadi perbualan masyarakat khasnya tentang hak milik terhadap tanaman dan tanah tersebut. Segmen Refleksi hari ini berkongsi apakah hukum menanam tanaman di atas tanah orang lain. 

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 9:45AM

Gambar Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam hidup berjiran, masalah kadang timbul berkenaan penanaman pokok di atas tanah milik orang lain, kadang di kawasan halaman depan atau belakang rumah. 

Ini juga meliputi kebun sayur, dusun buah dan seumpamanya. Sehinggakan perkara ini menjadi punca tercetusnya pergaduhan antara kedua belah pihak. 

Isu ini sering kali menjadi perbualan masyarakat khasnya tentang hak milik terhadap tanaman dan tanah tersebut. 

Namun hukum perkara seperti ini bergantung juga pada situasi di antara kedua-dua belah pihak.

Segmen Refleksi hari ini berkongsi apakah hukum menanam tanaman di atas tanah orang lain.

Gambar Unsplash
Gambar Unsplash

Hukum Tanam 1

Secara amnya jika anda mahu mengenal pasti keluasan tanah yang dimiliki, disarankan untuk rujuk terus kepada jabatan tanah berdekatan bagi membuat proses ukur semula berdasarkan geran tanah yang anda miliki. 

Ini bertujuan untuk mengetahui keadaan dan status terkini kawasan tanah kepunyaan anda berikutan permukaan bumi yang mungkin berubah sedikit dan menyebabkan luas permukaannya menjadi tidak sama seperti dahulu.

Gambar Pexels
Gambar Pexels

Hukum Tanam 2

Berbicara tentang tumbuhan yang ditanam di kawasan tanah milik individu lain, perkara ini pernah terjadi pada zaman nabi Muhammad SAW. 

Ketika itu, terdapat seorang individu yang telah menanam pohon kurma di tanah milik salah seorang kaum Ansar. 

Perkara tersebut telah dilaporkan kepada Baginda dan terdapat beberapa nasihat serta jalan penyelesaian yang dicadangkan olehnya.

Gambar Unsplash
Gambar Unsplash

Hukum Tanam 3

Antaranya dijelaskan menerusi hadis Riwayat Abu Daud, tanah tersebut adalah hak mutlak ke atas pemilik asal manakala pokok yang ditanam pula hak milik penanam. 

Namun adalah menjadi satu kesalahan menanam tanaman di tanah milik orang lain tanpa kebenaran. 

Nabi bersabda kepada kaum Ansar berkenaan, “Pergilah! Silakan tebang saja pohon kurmanya!”. Ia membawa maksud tuan tanah dibenarkan untuk menebangkan pokok tersebut lalu mengembalikan semula pokok itu kepada pemiliknya. 

Selain itu, anda sebagai tuan tanah juga berhak menyuruh pihak penanam untuk menebangnya dengan sendiri seterusnya membersihkan kawasan sekeliling. 

Malah jika terdapat kerosakan pada tanah selepas proses tersebut selesai, individu itu masih boleh dikenakan denda atau perlu mengembalikan semula keadaan tanah tersebut seperti dalam keadaan asal.

Gambar Pexels
Gambar Pexels

Hukum Tanam 4

Alternatif lain, tuan tanah juga boleh mengenakan sewa kepada pemilik tanaman menerusi perjanjian hitam putih. 

Ini bagi mengelakkan berlakunya salah faham antara kedua-dua pihak jika berlakunya situasi seperti kenaikan harga sewa atau pemindahan hak milik pada masa akan datang.

Ini dapat dilihat berdasarkan hadis dari Nabi SAW seperti berikut :

لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

Maknanya : Tidak boleh memudaratkan diri sendiri dan kemudaratan atas orang lain.

(Sunan Ibn Majah no 2341)

Gambar Unsplash
Gambar Unsplash

Hukum Tanam 5

Dalam masa yang sama, meskipun tanaman tersebut telah memasuki kawasan tanah anda dan ia sudah mengeluarkan hasil yang banyak, pemilik tanah sama sekali tidak berhak untuk mengambil serta memakan hasil tersebut. 

Ia bukan kepunyaan tuan tanah dan masih dimiliki oleh pihak yang menanamnya. Namun jika diizinkan, barulah tuan tanah dibenarkan untuk menikmati buah itu. 

Ini adalah berdasarkan kepada dalil Al-Quran yang jelas seperti yang berikut :

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya : Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu Dengan jalan Yang salah.

(Surah al Baqarah ayat 188)

Oleh itu, masyarakat perlu mengetahui betapa pentingnya untuk memahami hal ini. 

Nampak remeh namun ia perlu dielakkan supaya tidak berlaku perselisihan faham yang boleh menjurus kepada permusuhan antara umat manusia. - Getaran, 17 Jun 2022

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Gaya 9 jam yang lalu

The Food Yard, ‘Port’ Makan Santai Baharu Menanti Anda!

oleh Sophia Ahmad