web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Dam Untuk Wanita Yang Pakai Pelitup Muka Ketika Ihram

Semasa wabak melanda, pemakaian pelitup muka yang diarahkan oleh pihak berkuasa bagi wanita adalah diharuskan dan tidak berdosa.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 1:56PM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wanita yang memakai pelitup muka ketika berada dalam ihram tidak perlu membayar dam, kata Pengarah Operasi Bimbingan Lembaga Tabung Haji (TH) Tengku Aziz Raja Abdullah. 

Beliau berkata ia merupakan keputusan yang dicapai menerusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-37 sempena musim haji tahun ini berikutan timbul beberapa persoalan mengenai pemakaian pelitup muka yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika ini.

Tengku Aziz berkata semasa wabak melanda, pemakaian pelitup muka yang diarahkan oleh pihak berkuasa bagi wanita adalah diharuskan dan tidak berdosa.

 “Menutup muka dalam masa ihram mengikut hukum asalnya bagi lelaki tiada masalah dan tidak dikenakan dam, bagi wanita jika dia menutup muka maka akan dikenakan dam kerana ia larangan dalam ihram.

“Jadi timbul persoalan apabila musim wabak, sebagaimana yang kita putuskan dalam muzakarah haji iaitu sekiranya pelitup muka itu diarahkan oleh pemerintah dan terpaksa setiap orang mesti memakai pelitup muka kerana wabak maka ketika itu hukumnya akan jadi harus dan tidak dikenakan dam,” katanya.

Tengku Aziz berkata demikian ketika ditemui pemberita di bangunan penginapan dan pengurusan TH di Abraj Al Janadriah susulan timbul pendapat berbeza berkaitan larangan terkini kerajaan Arab Saudi yang mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka dan tertutup.

Dam ialah satu daripada kaedah untuk menyempurnakan ibadah haji dan umrah di atas sebab-sebab tertentu.

Bagi memastikan semua jemaah haji memperoleh maklumat tepat berhubung perkara itu, pihaknya telah mengarahkan semua pembimbing yang bertugas di bawah TH memaklumkannya menerusi sesi kursus serta ceramah di tanah air dan Tanah Suci.

Menurut Tengku Aziz, perkembangan itu mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, berdasarkan arahan daripada kerajaan Arab Saudi. 

Dalam perkembangan lain, seramai 200 petugas mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin malam tadi, bagi mendoakan agar urusan menyambut  ketibaan 295 jemaah di Makkah, kira-kira 8 malam ini waktu Arab Saudi dipermudahkan.

Seramai 14,306 jemaah Malaysia akan menunaikan haji pada tahun ini dengan 48 penerbangan, iaitu yang terakhir pada 2 Julai. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Haji: Pneumonia Penyakit Utama Dikesan, Petugas Perubatan Hadapi Fasa Getir Menjelang Masyair

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Semasa 1 tahun yang lalu

11 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Akibat Serangan Jantung

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan