web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Raya Serba Baharu’ Untuk Golongan Memerlukan!

MR DIY membawa keceriaan Hari Raya di dua rumah kebajikan di Kuala Lumpur.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 2:30PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari Raya Aidilfitri tahun ini ternyata lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Selepas dua tahun rakyat Malaysia beraya di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sudah tentu ramai yang teruja untuk meraikannya bersama ahli keluarga dan rakan-rakan pada tahun ini.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, peruncit perkakas dan barangan rumah, Kumpulan MR DIY Berhad (MR DIY) menyebarkan kegembiraan Hari Raya ke dua buah rumah kebajikan di ibu kota.

Sebuah pusat jagaan warga emas, Mesra Home Ampang dan sebuah rumah anak yatim, Pertubuhan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim dan Miskin di Cheras terpilih untuk program ini.

Pasukan sukarelawan turut mengadakan beberapa aktiviti di dua rumah kebajikan tersebut. Antaranya, sesi gotong-royong, permainan dan nyanyian.

Pertubuhan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim dan Miskin 
Pertubuhan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim dan Miskin 

Paling istimewa, kedua-dua rumah kebajikan menerima bekalan barangan keperluan harian, kelengkapan elektrik serta baucar tunai bernilai RM1000 daripada MR DIY dan MR DOLLAR.

Bersesuaian dengan tradisi Hari Raya Aidilfitri, semua penghuni rumah kebajikan tersebut menerima sampul duit Raya.

Bagi memastikan keselamatan semua orang termasuk golongan rentan seperti mereka, pasukan sukarelawan turut mengadakan demonstrasi cara-cara menggunakan kit ujian COVID-19.

Mengulas tentang inisiatif itu, Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY, Alex Goh berkata, “Ia telah menjadi tradisi kami untuk bekerjasama dengan komuniti dan organisasi setempat.

Mesra Home Ampang
Mesra Home Ampang

“Ia bagi memastikan golongan yang memerlukan turut mampu meraikan musim perayaan. Inilah sebabnya kami berusaha pada tahun ini dengan inisiatif ‘Raya Serba Baharu’.

“Di norma baharu ini, kami ingin memastikan semua rakyat Malaysia dapat beraya dengan sempurna dan tiada siapa akan ketinggalan.

“Kami ingin mencipta kenangan Hari Raya yang penuh makna dan kami berharap lebih banyak syarikat korporat lain akan turut menjalankan inisiatif yang sama,” ucapnya.

Selain dua rumah kebajikan tersebut, MR DIY turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 14 buah rumah kebajikan di seluruh negara. - Getaran, 20 Mei 2022

Gambar: MR DIY

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Zara Pamer Imej Sensitif, Umpama Sokong Pembunuhan Di Gaza

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Lotus's Kongsi Kegembiraan Menerusi Kempen Playful And Joyful Moments

4

TARA 2 tahun yang lalu

Janganlah Malas Periksa Payudara, Pengesanan Awal Boleh Selamatkan Nyawa

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan