web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bulan Puasa Bukan Alasan Untuk Tidak Bersenam

Berpuasa tidak harus menjadi halangan untuk umat Islam bersenam, malah aktiviti itu mampu membuatkan seseorang lebih cergas melakukan ibadah, pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 10:57AM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berpuasa tidak harus menjadi halangan untuk umat Islam bersenam, malah aktiviti itu mampu membuatkan seseorang lebih cergas melakukan ibadah, pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Ketua Jabatan Pengajian Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr. Tengku Fadilah Tengku Kamalden berkata dengan melakukan senaman semasa bulan puasa, tubuh akan lebih peka ketika mengerjakan solat tarawih selain mendapat tidur yang lebih nyenyak.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

“Fungsi senaman adalah untuk kita mengekalkan berat badan dan kecergasan. Contohnya, apabila bersenam pada waktu petang, sebelah malamnya kita mudah melakukan ibadah tarawih.

“Jadi, bersenam semasa bulan Ramadan sememangnya indah dan bukan satu halangan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Tengku Fadilah berkata bagi mereka yang bersenam pada bulan puasa, kalori yang diambil perlulah hampir sama dengan ketika bersenam pada hari-hari biasa, selain mengelakkan pengambilan karbohidrat dan minuman bergula secara berlebihan, kerana hanya akan membuatkan tubuh lebih lesu.

“Ketika bersenam, seseorang itu akan mengalami proses kecut regang otot, jadi pengambilan protein membantu memperbaiki semula tubuh. Sel darah, otot, dan hormon semuanya dibina melalui protein yang akan membantu tubuh berfungsi dengan baik.

“Bagi mendapatkan sumber protein yang cukup untuk sepanjang hari, kita boleh bersahur dengan hanya dua biji telur rebus sahaja,” katanya.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Sementara itu, pakar nutrisi kesihatan Persatuan Pemakanan Sukan Antarabangsa (ISSN) yang juga jurulatih pemakanan sukan dan kecergasan, Aimran Jamil berkata waktu yang sesuai untuk bersenam pada bulan puasa adalah 30 minit atau sejam, sebelum berbuka.

Beliau yang juga bersenam pada bulan puasa bagi mengelakkan tahap kecergasannya merosot, berkata antara senaman yang dilakukan ialah berbasikal, berlari dan ‘bodyweight workout’.

“Intensiti tak perlu berlebihan sangat sampai penat atau tekak kering. Cukup hanya dengan berpeluh, contohnya kalau berlari tetapkan dulu masa selama 30 minit, kemudian naikkan kepada 40 minit.

“Jika ingin menurunkan berat badan ketika bulan puasa ini, tidak perlu terlampau paksa diri untuk bersenam takut menjejaskan diri sendiri. Cukup hanya dengan defisit kalori dan jaga pemakanan, berat badan akan mampu dikurangkan,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Zee Avi Masih OK!

09 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden