Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Mahu Mula Menabung? Ini 5 Cara Mudah Untuk Anda

Ramai masih lagi tidak sedar betapa pentingnya amalan menyimpan wang pada usia yang muda. Kami kongsikan lima cara mudah untuk menabung.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 5:21PM

Gambar: Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengurusan wang sangat penting dalam kehidupan. Ramai masih lagi tidak sedar betapa pentingnya amalan menyimpan wang pada usia yang muda. 

Malah terdapat individu yang sudah diisytiharkan muflis pada usia muda akibat hutang yang berlebihan dan tidak mempunyai wang simpanan yang mencukupi. 

Ia juga berpunca daripada perbelanjaan secara boros dan mengikut kehendak yang melampau. 

Segmen Refleksi hari ini berkongsi lima tip menabung.

 

Buka akaun tambahan

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Amalan menabung harus ditanam dalam setiap individu dari kecil. Suatu ketika dahulu tabunglah yang menjadi alat atau tempat untuk ramai orang menyimpan duit. 

Kini terdapat pelbagai kaedah untuk menabung dan salah satunya dengan membuka akaun bank tambahan selain akaun utama anda. Akaun ini adalah untuk menyimpan sejumlah wang lain daripada pendapatan anda. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

Selain itu, gunakan wang simpanan di akaun tambahan tersebut sebagai wang kecemasan sahaja dan pastikan anda tidak menggunakannya untuk berbelanja mengikut kehendak. 

 

Skim pelaburan

Gambar: semakanonline.com
Gambar: semakanonline.com

Bagi mengelakkan wang anda berkurang tanpa sedar, skim pelaburan merupakan salah satu alternatif untuk melabur duit anda. 

Sebagai contoh, skim pelaburan ASB dan seumpamanya sangat bagus kerana ia mempunyai jaminan untuk mendapat pulangan dividen dalam satu tempoh tertentu tanpa mengeluarkan wang tersebut secara sesuka hati. 

Gunakan kaedah autodebit bagi memudahkan proses potongan wang secara bulanan. Namun perlu diingatkan, skim pelaburan yang diambil perlulah mengikut kemampuan dan komitmen anda. 

Jangan sesekali melakukan sesuatu di luar kemampuan sehingga ia membebankan diri sendiri.

Pelaburan sepatutnya memudahkan, bukan menyukarkan diri. 

 

Catat perbelanjaan harian

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Saranan ini mungkin agak leceh namun ia membantu. Catat perbelanjaan harian anda setiap bulan. Jika anda membuat kira-kira perbelanjaan dengan teliti, anda boleh merancang perbelanjaan dengan mudah. 

Sebagai permulaan, catatkan setiap hari di dalam peranti atau buku nota perbelanjaan selama tiga bulan untuk anda lihat berapa banyak kos perbelanjaan dan baki yang tinggal.

Dengan cara ini, anda boleh merancang atau menyimpan wang dengan lebih teratur dan anda boleh membelanjakan wang mengikut tujuan.

 

Letakkan matlamat

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Setiap individu pasti mempunyai matlamat tersendiri dalam mengumpul wang. Terdapat sesetengah individu yang menyimpan wang untuk membeli rumah, berkahwin atau simpanan masa tua. 

Tetapkan beberapa matlamat dalam hidup anda untuk satu tempoh yang tertentu, seterusnya disiplinkan diri dan usahakan sehingga tercapainya impian tersebut. 

Usaha tangga kejayaan. Sentiasalah mengingatkan diri tentang matlamat tersebut supaya proses menabung berjalan dengan lancar dan tidak lari daripada tujuan asal yang ditetapkan.

 

Elakkan daripada terpengaruh dengan orang yang suka boros

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Hindarkan diri daripada individu yang boros dan memperlekehkan niat anda untuk menabung.

Sentiasa berada dalam persekitaran rakan-rakan yang mempunyai ilmu kewangan yang baik serta menyokong anda untuk menyimpan wang kerana ia akan membentuk sifat positif dalam diri. 

Sentiasa juga dapatkan nasihat daripada pakar-pakar kewangan dan belajar bagaimana untuk kekal menyimpan wang kerana ia akan memberikan kebaikan pada masa akan datang.

Bermulalah secara perlahan-lahan kerana yang paling penting untuk melakukan perkara ini adalah ketekalan dan istiqamah. Selamat menabung. - Getaran, 11 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Hari Belia Lonjak Semangat Anak Muda Malaysia - Anwar

2

Politik 11 bulan yang lalu

Agus Minta Anak Muda Nilai PAS, ‘Saya Dimaki Berjemaah Penyokongnya Hanya Kerana’…

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Mansuh Pelepasan Cukai SSPN, Musnah Galakan Menabung, Ramai Terbeban Hutang Pendidikan

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Saya Tetap UMNO Dulu, Kini, Selamanya, Tak Akan Kemana-Mana’ - Hishammuddin

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 17 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran