web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agus Minta Anak Muda Nilai PAS, ‘Saya Dimaki Berjemaah Penyokongnya Hanya Kerana’…

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 4:19PM

Mohammad Agus meluahkan kesedihan apabila PAS menjadikan kebencian sebagai senjata untuk menakutkan pihak yang bertentangan dengannya, merasuah penyokong dengan syurga dan penentang dengan neraka - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cemuhan dan makian diterima hanya kerana menegur PAS yang berorientasi kebencian dan retorik agama, membuktikan pemimpin dan penyokong parti itu sudah hilang adab dalam berpolitik. 

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, kata-kata kesat diterimanya itu juga, menggambarkan tahap ketaksuban pemimpin dan penyokong PAS. 

Menurutnya, ketaksuban ditonjolkan itu adalah bahaya yang perlu ditolak, malah pemimpin parti berkenaan juga tidak boleh diangkat menerajui negara.

“Menjentik sedikit, reaksinya menakutkan. Saya dimaki berjemaah dengan bahasa kotor dan ini tidak menggambarkan nilai serta akhlak Islam. Malu apabila saudara saya hilang adab dalam berpolitik.

“Atas nama Islam, mereka kata memperjuangkan umat sejagat, sedangkan realitinya setiap hari meratib DAP, meratib kebangsaan mutlak. Mereka tidak faham realiti hidup dalam negara majmuk,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Dr Mohammad Agus Yusoff - Gambar Fail
Dr Mohammad Agus Yusoff - Gambar Fail

Beliau berkata demikian selepas artikelnya menyentuh mengenai PAS dan pemimpin parti itu dua hari lalu, menerima pelbagai reaksi negatif daripada pembangkang. 

Sebelum ini, beliau memaklumkan aliran politik PAS yang berorientasi kebencian dan retorik agama perlu ditolak, jika rakyat mahu negara menjadi lebih maju serta harmoni.

Keamanan dan kestabilan, katanya, adalah elemen penting untuk membentuk kesejahteraan dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, hala tuju PAS yang dahulunya setia memperjuangkan keadilan Islam dan sosial sudah jauh berubah.

Dalam pada itu, Mohammad Agus berkata, anak muda harus memahami tindakan terbabit dengan mengambil tindakan sebaiknya menerusi tindakan menjauhi PAS. 

Jelasnya, hasil pemerhatian di ruangan komen mendapati, pelbagai pihak akan dihentam sebagai anti Islam, penolong liberalisme serta lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) jika menegur PAS. 

“Inilah ratib mereka. Jika berbeza pendapat, mereka menjadi penghukum yang kental. Tidak cukup dengan itu, akan muncullah penulis mereka yang membunuh karekter, memperlekehkan kita. Saya alami itu, tetapi Alhamdulillah saya boleh menghadapinya. 

“Anak muda. Saya sudah lama berdamping dengan PAS dan gembira parti itu menjadikan agama sebagai produk politiknya serta dan Quran dan hadis sebagai landasan perjuangannya,” katanya. 

Bagaimanapun, Mohammad Agus meluahkan kesedihan apabila PAS menjadikan kebencian sebagai senjata untuk menakutkan pihak yang bertentangan dengannya, merasuah penyokong dengan syurga dan penentang dengan neraka.

Serentak itu, beliau mengajak anak muda untuk menolak PAS dan menyakini golongan terbabit mampu menilai dengan bijak, rasional serta adil.

“Paling penting, dapat memainkan peranan sebagai agen perubahan. Sejarah membuktikan, kuasa anak muda adalah penyumbang utama kepada jatuh bangunnya sesebuah tamadun.

“Anak muda, atas asas ini, marilah bersama saya. Kita suburkan keharmonian dan hayati MADANI kerana ia hidup berperadaban yang tidak memperlekehkan orang, hidup penuh kasih sayang, saling menghormati serta menolak politik ketaksuban,” katanya. - Getaran, 28 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Luar Negara 9 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad