Berita Terkini

10 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengemis Semakin Berani, Cetus Rasa Gelisah Warga Kota

Sikap segelintir pengemis yang semakin berani dan cenderung bertindak agresif mengundang kebimbangan orang ramai.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Feb 2022 10:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sikap kalangan pengemis yang semakin berani dan adakalanya bertindak agresif menimbulkan kebimbangan umum, apatah lagi kini semakin ramai dilihat berkeliaran di jalanan khususnya di sekitar ibu kota.

Walaupun akur pandemik COVID-19 mungkin menyebabkan ramai yang ditimpa kesusahan berikutan desakan ekonomi, timbul persoalan mengapa aktiviti mengemis yang kebanyakannya dimonopoli warga asing dibiarkan berleluasa sehingga menyebabkan ketidakselesaan dan menggugat keharmonian setempat.

Berkongsi pandangan, pembantu peribadi di sebuah syarikat swasta, Vimala Arumugam, 44, berpendapat  pengemis kini dilihat mempunyai cara baharu, apabila mula menggunakan elemen desakan dan paksaan ketika mendekati ‘sasaran’ sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.   

"Mereka datang ketika kita sedang makan di restoran dan ada antara mereka yang tidak akan beredar sehingga menerima wang. Kegiatan ini seolah-olah satu ‘pattern’ baharu, sedangkan kita tidak pernah terapkan perkara sebegini dalam masyarakat.

"Tambahan sekarang dengan COVID-19 dan kes pun semakin naik. Kita bimbang keselamatan semua pihak kerana kita tidak tahu dengan siapa mereka (pengemis) berjumpa. Jadi risiko itu ada dan bahaya," katanya.

Petugas syarikat perundingan tempatan di Ampang, Mohd Fadli Adamsah, 36, pula mengaku cubaan beliau untuk menghulurkan bantuan berbentuk makanan pernah ditolak oleh pengemis yang sebaliknya mendesak beliau memberi bantuan wang tunai.

"Mereka seolah-olah diberi arahan untuk paksa dan menakutkan orang awam untuk mendapatkan duit. Ada juga yang sanggup menarik baju, tangan, bahkan mengugut orang awam,” katanya yang yakin kegiatan itu didalangi sindiket.

Seorang peniaga kedai minuman di sekitar perkarangan Kompleks Sogo, Yong K.H, 77, pula mengakui kedainya sering dikunjungi pengemis warga asing sehinggakan adakalanya jumlah pengemis melebihi jumlah pelanggan.

"Mereka datang tak tentu masa, tapi kebiasaannya antara jam 1 petang hingga 3 petang khususnya hari Ahad ketika ramai orang beriadah pada hujung minggu. Kalau ada ramai orang, maka itulah lokasi tumpuan, lubuk rezeki bagi mereka," katanya.

Antara lokasi strategik yang menjadi tumpuan pengemis adalah bank, kedai makan dan kawasan parkir untuk meraih simpati oang ramai.
Antara lokasi strategik yang menjadi tumpuan pengemis adalah bank, kedai makan dan kawasan parkir untuk meraih simpati oang ramai.

Beliau yang sudah menetap di ibu negara sejak 1966 turut berkongsi pengalaman mengenai kegiatan pengemis kota yang dilihat meningkat dengan begitu ketara dan semakin keruh apabila aktiviti itu didominasi oleh warga asing.

"Pada zaman 70-an mengemis ini selalunya dilakukan oleh warga tempatan tetapi sekarang sudah menjadi sebaliknya. Sekarang kita sendiri sudah susah untuk membezakan pengemis asing dan tempatan kerana mereka (warga asing) memakai pakaian yang sama, bahkan adakalanya lebih bergaya," katanya.

Pemilik restoran masakan Melayu, Muhammad Abu Bakar, 65, pula menganggap pengemis yang mengunjungi restorannya sebagai satu rezeki selain memang beliau berniat memberi mereka makan.

"Mereka berlegar-legar di kawasan awam. Itu adalah antara mereka dan pihak berkuasa tetapi antara mereka dengan saya, saya perlu bantu kerana mereka golongan yang memerlukan," katanya yang sudah lima tahun berniaga di Taman Putra Sulaiman, Ampang.

Tindakan berani seorang pengemis kanak-kanak mengetuk tingkap kereta yang lalu lalang di jalan.
Tindakan berani seorang pengemis kanak-kanak mengetuk tingkap kereta yang lalu lalang di jalan.

Pengalaman dengan pengemis jalanan juga banyak dikongsi netizen di ruangan maya masing-masing, antaranya pengguna Twitter nunnie.@slpysssy, yang mempersoalkan sistem perundangan negara yang sedia ada.

"Saya pernah mengalaminya sebelum ini, kita okey kalau dia minta secara baik, tapi ini siap paksa jerkah kita balik, ada tu ketuk tingkap kereta minta jumlah (wang) tertentu. Ada ke akta, atau sebarang tindakan yang wajar untuk perkara macam ni?" soalnya.

Selain itu, jiqa.@nhashtaging pula membuat ciapan berbunyi: "Kebanyakkannya area KL yang selalu jadi lubuk. Mereka pantang kalau kita pegang benda yang dijual, macam tisu ke, surah surah quran, tasbih ke, dia akan anggap kita nak beli terus, haih," luahnya pada bebenang di Twitter.

Tidak kurang yang meluahkan rasa risau tentang keselamatan anak-anak pengemis termasuk Faridah@faridahisa208 yang berharap agar pergerakkan mereka serta penjaga dipantau oleh pihak bertanggungjawab.

"Pihak berkuasa perlu pantau pergerakan kanak-kanak ini supaya boleh kesan penjaga mereka, penjaga mereka bertanggungjawab atas kelakuan dan apa yang terjadi dekat kanak-kanak ini," kongsinya. - Bernama

Gambar: Azlim Mansor, Fathin Suhaira Abd Rahim, Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Imigresen Tahan 10 Warga Asing Termasuk Kanak-Kanak Mengemis Di Bangsar

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Lelaki Mengaku Mengemis Untuk Sara Isteri Sakit, Demi Sesuap Nasi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Nusantara Punyai Potensi Besar Untuk Pelancongan Indonesia, Malaysia - Sandiaga Uno

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tol Percuma 2 Hari Kurangkan Kesesakan, Jimat Perbelanjaan - Pengguna

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 13 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki