Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Gembirakan Ibu Bapa Biarpun Dari Dunia Berbeza

Berikut antara perkara yang boleh dilakukan si anak untuk membahagiakan ibu bapa di alam barzakh.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 8:52AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mereka yang sudah kehilangan ibu dan bapa (meninggal dunia) pasti mengakui ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Biarpun ketika itu anda bukan lagi anak-anak kecil yang perlukan perhatian.  

Masakan tidak, mereka adalah insan yang tiada galang-gantinya. Mereka adalah insan yang paling banyak berkorban demi menggembirakan anak-anak dan mereka jugalah tempat anda berpaut ketika menghadapi kesukaran dalam hidup.

Jasa dan pengorbanan kedua-dua insan ini terlalu besar. Tiada kata yang boleh menggambarkannya. Tiada nilai mata wang yang mampu membayar semua jerih-payah yang mereka lalui. Begitulah hebatnya insan yang bergelar ibu, emak, mama, ummi, ayah, abah, bapa, papa dan banyak lagi kata ganti nama lain.

Apabila mereka telah tiada, kita tidak pernah jemu menadah tangan memanjatkan doa agar Allah memberikan keampunan dan dipermudahkan urusan mereka di sana. Selain berdoa, tidakkah ada amalan-amalan lain yang boleh menggembirakan roh mereka di sana?

Rasulullah SAW bersabda;  “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu, sedekah yang ditinggalkan semasa hidup, ilmu yang di manfaatkan dan anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.” (Hadis Riwayat Luqman Hakim).

Daripada Abu Usaid Malik bin Rabi'ah As-Sa'idi RA berkata: "Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba ada seorang lelaki daripada Bani Salamah datang kepada Baginda SAW. Lelaki tersebut bertanya: "Ya Rasulullah, apakah masih mungkin saya berbuat baik kepada kedua orang tua saya yang telah meninggal dunia, kerana saya tidak tahu bagaimanakah keadaan yang dilalui mereka setiap hari." 

Baginda menjawab: "Ya, ada empat cara yang boleh kamu terus lakukan walaupun mereka telah meninggal dunia. Pertama, jangan tinggalkan di dalam doa kamu supaya sentiasa menyebut mengenai mereka

"Kedua, tunaikanlah janji yang ingin dipenuhi oleh mereka ketika hidup dahulu, tetapi tidak berkesempatan untuk melakukannya. Pahala daripada amalan perbuatan baik yang dilakukan akan sampai pahalanya kepada mereka yang sudah meninggal dunia. 

"Ketiga, muliakanlah sahabat dan teman yang baik terhadap arwah sewaktu dia hidup dahulu, kerana dengan berbuat demikian, Allah akan tunjukkan amalan itu kepada arwah. 

"Keempat, sambung silaturahim yang menjadikan kamu dan dia tidak mendapat kasih sayang, melainkan daripada kedua-duanya." - (Hadith riwayat Abu Dawud, No. 5142, Ibn Majah, No. 3664, Ahmad, No. 15479)

Selain empat perkara di atas, waris juga perlu beri perhatian pada pengurusan harta si arwah. Jangan ambil ringan kerana ia memberi kesan di alam barzah.

Sebagai seorang anak yang kasihkan ibu bapa, semak atau periksalah sama ada arwah ibu atau ayah masih mempunyai hutang atau sebaliknya.

Tanya saudara-mara, rakan-rakan dan kenalan serta jangan lupa panjangkan semakan kepada pihak bank dan agensi-agensi pemberi hutang yang lain supaya dapat menguruskan hutang-hutang ini secara terbaik. 

Jika ada hutang tertunggak, selesaikanlah kerana ia perkara wajib. Mana mungkin anda sanggup membiarkan roh dan amalan si mati tergantung kerana tidak melunaskan hutang. 

Jiwa orang yang berhutang akan tergantung selagi mana dia tidak melunaskan hutangnya terlebih dahulu. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

نَفْسُ المُؤمِنِ مُعَلّقَةٌ بِدَيْنِه حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Maksudnya: "Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya". - Hadith riwayat Tarmidzi

Dosa berhutang tidak terampun kecuali dihalalkan oleh si pemiutang tersebut walaupun mati sebagai mati syahid. Rasulullah SAW bersabda:

يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إلَّا الدَّيْنَ

Maksudnya: "Diampunkan semua dosa bagi orang yang terkorban mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)". - Hadith riwayat Muslim

Rujukan: https://muftiwp.gov.my/  & Facebook rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin

Gambar: 123rf 

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jaafar Onn Miliki Bakat Unik, Tersendiri - PM

3

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 15 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran