Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


6 Langkah Jika Cita-Cita Tidak Tercapai Menjelang Akhir Tahun 2021

Jangan putus asa! Jika apa yang anda cuba capai tahun ini terlepas, ayuh bangkit, cuba lagi dan lagi.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 9:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjelang tahun baharu, pasti ramai yang sudah bersedia untuk menempuhi cabaran dan rintangan yang akan datang.

Azam dan cita-cita pasti ditanam oleh setiap individu bagi mencapai impian masing-masing. Namun bagaimana pula jika cita-cita anda pada 2021 masih tidak tercapai sehingga akhir tahun? 

Segmen Refleksi hari ini ingin berkongsi enam langkah yang wajar diambil jika cita-cita anda tidak tercapai menjelang akhir tahun 2021.

 

Buat Keputusan Dan Tingkatkan Tahap Yang Ingin Dicapai

Setiap manusia pasti mempunyai keinginan yang tinggi dan mungkin tidak semua yang kita impikan akan tercapai.

Jika perkara ini berlaku, anda perlu menilai semula dan membuat keputusan sama ada perkara yang anda kejar masih relevan untuk diraih atau tidak.

Tinggalkan perkara yang mustahil untuk dimiliki namun jangan putus asa. Tingkatkan tahap keinginan dan bawa impian yang penting sahaja menuju tahun 2022. 

 

Bina Keazaman Yang Utuh

Azam adalah perkara yang anda tetapkan untuk melaksanakan tugas yang bakal ditemui dan diberikan. Jangan pernah murung dengan perkara yang telah terlepas.

Bina azam yang baharu menjelang tahun baharu bagi memperkuatkan diri anda untuk menempuh cabaran yang sedang menanti di hadapan.

Apabila azam telah ditanam, haruslah disusuri dengan usaha serta berdoa kepada Tuhan.  

 

Tulis Impian Dan Cita-Cita Yang Ingin Dicapai

Pasangkan beberapa impian anda kerana impian yang banyak akan membuatkan kita bekerja lebih keras untuk menjadikannya kenyataan.

Tulis impian anda di buku nota, diari atau sekurang-kurangnya di telefon pintar secara berterusan. Ini bertujuan untuk mengingatkan kepada anda sasaran anda dalam perjalanan meraihnya.

Amalkan setiap pagi untuk melihat nota tentang impian-impian anda itu kerana ia dapat membakar semangat untuk memulakan hari anda.

Jangan ambil peduli kata-kata individu yang memandang rendah pada impian tersebut kerana ia adalah impian anda bukan mereka.

 

Berikan Komitmen Sepenuhnya

Kejayaan tidak datang bergolek. Impian tanpa usaha yang cekal umpama menunggu bulan jatuh ke riba.

Selepas menetapkan apa yang ingin dicapai, pastikan anda berusaha sebaik mungkin untuk mengejar cita-cita anda. Berikan komitmen dengan penuh tumpuan dan perhatian agar anda tidak melaksanakannya separuh jalan.

Tidak mengapa jika impian anda sedikit berat untuk dicapai. Seperti peribahasa, 'sedikit-sedikit lama jadi bukit', tanamkan pemikiran bahawa sekiranya kita menyerah kalah bermakna kita telah mengabaikan impian kita.

 

Tetapkan Waktu Untuk Cita-cita Yang Hendak Dicapai

Setiap perkara yang dirancang perlukan tempoh masa untuk dilaksanakan.

Kita pula perlu cuba merancang masa yang ada sebaik mungkin supaya ia dapat digunakan dengan penuh efektif untuk mencapai impian kita.

Tetapkan tempoh tertentu untuk misi anda, contohnya enam minggu atau tiga bulan dari sekarang. Jadikan ia seperti 'garis panduan' supaya anda tidak leka.

 

Bersahabatlah Dengan Orang Yang Berjaya Meraih Cita-cita

Dekatkan diri dengan individu yang berjaya dan sentiasa berada dalam kalangan orang yang positif. Tambahan pula, merapati seseorang yang sudah berjaya tidak bermakna kita mahu 'membodek' mereka.

Sebaliknya jika anda mengenali mereka, pasti anda akan memperolehi ilmu pengetahuan dan mempelajari sesuatu daripadanya.

Di samping itu, mereka boleh dijadikan sebagai tauladan atau role model yang boleh membakar semangat anda dalam mencapai kejayaan. Menurut hadis Nabi SAW :

الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلْ

Maksudnya: Seseorang itu mengikut agama rakannya. Maka lihatlah seorang kamu siapa yang dia berkawan.

Riwayat Abu Daud (4833), al-Tirmizi (2378) dan Ahmad (8398)

Maka usahlah bersedih jika anda tidak mencapai cita-cita dan impian pada 2021.

Bawalah ia ke tahun hadapan dengan semangat yang tinggi dan teruslah melangkah maju kehadapan.

Selamat Tahun Baharu 2022. - Getaran, 31 Disember 2021

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Tahun Baru, Kabinet Dapur Baharu - Cadula Perkenal Banyak Model Baharu Yang Moden

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Berpakaian Seksi Ketika Sambut Tahun Baharu, Netizen Tanya Adakah Ini Azam Baharu Riena Diana

3

TARA 1 tahun yang lalu

Tahun Baharu, Stail Pun Baharu

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Waspada Iklan Tawar Lesen Memandu Tanpa Perlu Ke Kelas, Ujian Memandu

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 jam yang lalu

Aidilfitri: Samping 'Segera' Lebih Mudah, Kemas Dan Semakin Jadi Pilihan 

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Selera 4 jam yang lalu

Selepas 50 Tahun, Bubur Lambuk Tetel Masjid Jorak Elahi Tetap Diminati

Jelajah 1 hari yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi