web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Buku: 'Unfollow the Flow: Owning Your Life Driven by Passion & Purpose'

Minggu ini penyumbang ulasan buku, Khadijah Jais, memperkenalkan kepada kita buku terbaru mentor belia Aiman Azlan.

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2021 9:29AM

Gambar: Twitter Aiman Azlan @aimanazlan90

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tajuk buku: Unfollow the Flow: Owning Your Life Driven by Passion & Purpose

Penulis: Aiman Azlan

Penerbit: Iman Publication

Halaman: 200

Buku motivasi bertajuk Unfollow the Flow: Owning Your Life Driven by Passion & Purpose ini sesuai dibaca oleh mereka yang masih tercari-cari apakah yang mereka inginkan dalam kehidupan, para remaja dan anak muda yang baru sahaja meninggalkan alam persekolahan, juga mereka yang berasa keliru dalam menentukan arah tuju hidup mereka.

Hidup adalah suatu perjalanan, bukan perlumbaan

Menerusi buku ini, Aiman Azlan, seorang mentor belia (youth mentor) mengajak pembaca untuk berani mencorakkan kehidupan kita sendiri tanpa terikut-ikut pengaruh rakan, kehendak masyarakat dan trend terkini. Aiman Azlan juga menekankan bahawa kehidupan ini merupakan suatu perjalanan dan bukan suatu perlumbaan. “Life is a journey, not a race.” Kita mestilah bertanggungjawab terhadap pilihan dan keputusan kita sendiri. 

3P: Purpose, Principles, Passion

Buku ini berhasrat memberikan panduan dan memberikan inspirasi agar pembaca berfikir dan merenung tentang 3P, iaitu purpose (tujuan), principles (prinsip), dan passion (minat) masing-masing. Penulis memberikan analogi seperti berikut - kehidupan adalah suatu perjalanan; purpose (tujuan) merupakan destinasi perjalanan tersebut; principles (prinsip) pula bertindak sebagai sistem penunjuk arah atau GPS agar kita tidak tersesat atau tersasar; dan passion (minat) adalah bahan bakar yang memberikan kita tenaga sepanjang perjalanan yang panjang ini.

Luangkan masa untuk mencorakkan perjalanan hidup anda sendiri

Buku ini mencetuskan persoalan-persoalan yang perlu kita tanyakan untuk mengenal pasti 3P kita sendiri, kerana ketiga-tiga perkara ini unik dan berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Pada pendapat saya, buku ini hanya memberikan panduan umum dan cetusan idea sahaja. Anda tidak akan menemui jawapan atau panduan langkah demi langkah, tanpa anda sendiri yang meluangkan masa untuk berfikir, merenung dan menjawab persoalan yang diutarakan penulis. Terdapat lima lembaran kerja (worksheets) yang disediakan penulis untuk anda manfaatkan.

Menjadi diri sendiri atau menongkah arus bukanlah bermaksud kita menjadi rebel atau melanggar undang-undang dan tatasusila. Dengan menjadi diri sendiri, kita akan menjadi versi terbaik diri kita, dapat memaksimakan potensi diri, seterusnya memberikan sumbangan dan nilai tambah kepada masyarakat. 

Selamat menjadi diri sendiri!

Buku ini boleh didapati di rangkaian kedai buku tersohor seperti MPH, Popular, Borders, Kinokuniya serta kedai buku tempatan berdekatan anda. - Getaran, 26 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

'Puteri Sarah: Terus Melangkah' Naskhah Kisah Hidup, Bukan Untuk Buka Aib Orang Lain – Puteri Sarah

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Jelajah 14 jam yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden