Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Mahu Jadi Pekerja Cemerlang? Belajar Urus Masa

Masa tidak menunggu sesiapa. Sedarkah anda cara menguruskan masa dengan baik bukan sahaja membawa kehidupan yang cemerlang malah membantu produktiviti di pejabat?

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 4:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pepatah Arab ada mengatakan: 

“Bahawa masa itu umpama mata pedang, jika kita tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kita.”

Pepatah Melayu pula ada mengatakan: 

“Masa itu emas.”

Kata-kata ini menunjukkan betapa pentingnya masa dalam kehidupan manusia. Allah SWT adalah pencipta masa dan telah menetapkannya sebanyak 24 jam atau 1440 minit dalam sehari, tidak lebih dan tidak kurang. 

Bahasa mudahnya, pengurusan masa berkait rapat dengan sikap kita dan bagaimana kita mengubahnya. Mengubah sikap daripada sikap malas kepada sikap rajin, daripada sikap acuh tidak acuh kepada sikap fokus dan lebih peduli. 

Dalam al-Quran, terdapat satu surah yang dirakamkan oleh Allah SWT khusus berkenaan masa. Firman Allah SWT :

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”.

(Surah Al-Asr : 1-3)

Surah ini menjelaskan kepada kita bahawa kebanyakan manusia hidup dalam kerugian kerana tidak memanfaatkan masa yang dilalui dalam kehidupan di dunia dengan sebaik-baiknya. 

Ia juga menggambarkan bahawa manusia yang tidak memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya untuk mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya adalah daripada golongan orang yang rugi.

Mereka membiarkan masa berlalu tanpa dimanfaatkan untuk saling nasihat-menasihati dan membimbing manusia untuk menghayati Islam sebagai sistem hidup yang sempurna. 

Dalam Surah Al-Asr ada dijelaskan empat golongan manusia yang beruntung: 

  • Orang yang memiliki iman yang dapat membimbing dirinya ke arah kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran.
  • Orang yang melakukan perbuatan yang baik dan bermanfaat kepada diri, keluarga dan manusia keseluruhannya.
  • Orang yang menyeru atau mengajak orang lain supaya hidup dalam lunas-lunas kebenaran yang berasaskan syariat Allah SWT.
  • Orang yang bersabar dalam menyampaikan syariat Allah SWT dan bersabar dalam menghadapi pelbagai kesulitan hidup serta ujian Allah SWT.

Para pembaca juga pasti sedar bahawa surah Al-Asr menjadi amalan kita ketika menutup sesuatu majlis atau perjumpaan, tetapi malangnya ia hanya menjadi bacaan di bibir sahaja dan masih jauh dari segi penghayatan atau amalan dalam kehidupan seharian. 

Betapa serius perihal masa ini sehingga Allah bersumpah demi masa. Kerana Allah SWT Maha Mengetahui bahawa ramai dalam kalangan kita akan lalai. 

 

Cara Terbaik Seorang Pekerja Muslim Menguruskan Masa

Persoalan cara menguruskan masa sebenarnya berkait rapat dengan cara seseorang itu mendisiplinkan dirinya. Disiplin adalah basic information yang perlu kita semat dalam minda kita. Minda akan membantu menzahirkan kelakuan kita. 

Jika kita mahukan masyarakat kita berjaya, ia harus bermula dengan disiplin diri kita. Jika diperhatikan, negara-negara yang maju mempunyai rakyat yang rajin dan mempunyai tahap produktiviti yang tinggi. 

Selepas telah berjaya membawa disiplin dalam diri, maka tiba fasa merencana jadual dalam kehidupan seharian. 

Sebenarnya, sedar atau tidak, kita telah menetapkan jadual harian dengan sendirinya. Kita tahu ada masa yang ditetapkan untuk melakukan sesuatu, seperti masa bekerja, berehat, tidur, makan minum, dan sebagainya. 

Tetapi, perlu diingatkan di sini, anda perlu bijak mengurus waktu di luar pejabat. 15 jam di luar waktu bekerja setiap hari sebenarnya memainkan peranan dalam produktiviti 9 jam di pejabat. 

Janganlah ‘membalas dendam’ waktu di pejabat dengan melepak di mamak berjam-jam lamanya selepas kerja. Tidakkah anda sedar, jika anda lewat tidur pada waktu malam, anda akan merasa sembap dan lesu di pejabat keesokkan harinya? 

Justeru, dalam usaha mengurus masa dalam kehidupan kita seharian, marilah kita mengamalkan tiga cara  ini sebagai panduan kita :

  • Jangan bertangguh dalam melaksanakan hak, amanah dan tanggungjawab dan jangan bertangguh dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.
  • Jangan bertangguh dalam melaksanakan amal ibadah, juga jangan bertangguh dalam melaksanakan hukum syarak.
  • Jangan bertangguh dalam menyebarkan Islam dan jangan bertangguh dalam soal memperjuang dan mempertahankan Islam.

 

Kepentingan Menguruskan Masa

Ketahuilah bahawa masa adalah amanah dari Allah SWT, setiap amanah merupakan tanggungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Hadis daripada Muaz Bin Jabal RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak berganjak kaki setiap hamba pada hari kiamat (dipadang mahsyar) sehingga ditanya tentang empat perkara: Tentang umurnya kemana dihabiskan. Tentang masa mudanya kemana digunakannya. Tentang harta dari mana diperolehinya dan kemana dibelanjakannya. Tentang ilmunya apa yang diperbuat dengannya”. 

   (Riwayat at-Tirmizi)

Hasil daripada mengurus masa, pasti akan lahir individu yang berwawasan, berdisiplin, berkeperibadian hebat dan tahu urus diri. Individu seperti ini menjadi aset kepada organisasi dan secara tidak langsung mampu meningkatkan imej organisasi dalam kalangan umum. 

Imam Ghazali berkata modal bagi seorang manusia ialah waktu bekerja. Ya, modal. Masa kita bekerja ibarat ladang tempat kita ‘menuai’ pahala, menambahbaik kemahiran yang ada serta memperbaiki diri kita. Dalam Islam, kerja mempunyai maksud yang lebih mendalam. Ia mempunyai nilai ibadah dan kebajikan. 

Kita bekerja bukan kerana seseorang dan hadirlah ke tempat kerja dengan sifat amanah dan tanggungjawab yang tinggi dalam diri. Pekerja Muslim sebegini merupakan golongan pekerja yang merasakan Allah SWT memerhatikannya.

Maka beruntunglah mereka yang menggunakan masa untuk perkara-perkara kebaikan dan rugilah mereka yang menggunakannya untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia. 

Tentu sekali masih ramai yang mengabaikan masa dan hidup dalam keadaan leka. Golongan seperti ini telah ditegur oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam Surah al-Mu’minun ayat 115 :

“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami.”

 

Kesimpulan

Marilah kita gunakan peluang masa dan nikmat kehidupan yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk kita mencipta kecemerlangan hidup di dunia lebih-lebih lagi kehidupan di akhirat. 

Begitu juga masa hendaklah diurus dengan sebaik-baiknya seperti pesanan yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Hadis daripada Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; Masa hidup sebelum mati; Masa sihat sebelum sakit; Masa lapang sebelum sibuk; Masa muda sebelum tua; Masa kaya sebelum miskin’’

         (Riwayat Imam Muslim dan at-Tirmizi)

Kita perlu ingat dan sedar bahawa: 

  • Masa hidup adalah masa untuk mentaati Allah SWT dan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat untuk bekalan selepas mati.
  • Masa sihat adalah masa yang mudah bagi melakukan ibadah kepada Allah SWT dan segala perkara kebaikan.
  • Masa lapang adalah masa yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan diri sama ada untuk ibadah, kerjaya dan menambahkan ilmu.
  • Masa muda adalah masa yang berpotensi, mempunyai tenaga yang kuat dan sanggup menghadapi cabaran untuk membina kecemerlangan.
  • Masa kaya adalah peluang yang cukup untuk melakukan ibadah atau kebaikan yang memerlukan kebendaan seperti ibadah haji, zakat, wakaf, derma dan sedekah. 

Ayuh Keluarga Malaysia, kita lahirkan masyarakat yang tekun, komited, bersemangat juang dan mempunyai disiplin yang tinggi ! Demi Masa!- Getaran, 1 Oktober 2021

Semua gambar: Pexels

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

'Pick Up Line' Dalam Ceramah Motivasi, Matlamat Tak Halalkan Cara!

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Urus Kesihatan Mental Tempat Kerja Sebaiknya Elak Jejas Produktiviti, Bunuh Diri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Amang Seksual: 2 Lagi Laporan Polis Terhadap Pendakwah Selebriti

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengurangan Tempoh Bekerja: Majikan, Pekerja Perlu ‘Duduk Semeja’…

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Gaya 6 minit yang lalu

Makanan Tambahan Untuk Tahun Persekolahan Yang Sihat!

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

Diiktiraf sebagai pertunjukan lampu hiasan terbesar di Malaysia, Luna Lights Wonderland meneruskan siri jelajah dan kini tiba di Terengganu 

oleh Wartawan Getaran