Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengurangan Tempoh Bekerja: Majikan, Pekerja Perlu ‘Duduk Semeja’…

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 7:00AM

Majikan dan pekerja diminta ‘duduk semeja’ bagi mengadakan perbincangan terperinci supaya pelaksanaan pengurangan tempoh bekerja tidak ‘berat sebelah’. - Gambar hiasan pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Di sebalik keputusan kerajaan mengurangkan tempoh bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu bermula September ini, majikan dan pekerja diminta ‘duduk semeja’ bagi mengadakan perbincangan terperinci supaya pelaksanaan itu tidak ‘berat sebelah’.

Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, perbincangan berkenaan juga dapat memastikan pelaksanaan pengurangan tempoh bekerja itu berjalan lancar tanpa mengganggu operasi syarikat.

Katanya, pengurangan tempoh bekerja tiga jam seminggu itu sekiranya tidak dikendalikan dengan baik menerusi kerjasama atau kefahaman kedua-dua pihak, ia dikhuatiri menjejaskan keperluan operasi pihak syarikat atau majikan, khususnya membabitkan sektor perkhidmatan.

Labih dikhuatiri, tegasnya, situasi itu akan menyebabkan majikan menanggung kos tambahan bagi pembayaran kerja lebih masa, sehingga akhirnya berisiko menjejaskan kewangan syarikat.

Syed Hussain berkata, memandangkan majikan sektor tertentu, seperti perhotelan dan perniagaan resort perlu menjalankan operasi 24 jam sehari, tidak mungkin perkhidmatan itu boleh dikendalikan seperti biasa tanpa mengenakan bayaran lebih masa kepada pekerja, selepas pengurangan tempoh bekerja berkenaan dilaksanakan.

“Majikan yang menjalankan operasi secara berterusan akan menetapkan kitaran dua atau tiga syif (ketika ini) yang boleh dilaksanakan berikutan waktu maksimum jam bekerja adalah 48 jam seminggu.

“Namun dengan pengurangan waktu kerja kepada 45 jam seminggu, tidak mungkin majikan boleh beroperasi sepenuhnya tanpa mengenakan bayaran kerja lebih masa kepada pekerja.

“Justeru, majikan akan menanggung kos tambahan membabitkan bayaran sekurang-kurangnya untuk tiga jam kerja lebih masa apabila menjalankan operasi 45 jam seminggu seperti ditetapkan kerajaan,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, jika tidak bersedia menanggung sekurang-kurangnya tiga jam bayaran kerja lebih masa seminggu atau tidak mempunyai keupayaan kewangan bagi tujuan itu, majikan perlu mengurangkan waktu bekerja supaya menepati syarat 45 jam seminggu berkenaan.

“Majikan dan pekerja perlu berbincang dan memahami sepenuhnya mengenai pelaksanaan pengurangan waktu bekerja demi kepentingan kedua-dua pihak.

“MEF bimbang jika perbincangan sebaiknya tidak diadakan, pengurangan tempoh masa bekerja dilaksanakan nanti akan menjejaskan operasi syarikat,” katanya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan Pindaan kepada Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam yang berkuat kuasa September ini.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim ketika memaklumkan perkara itu kepada Dewan Rakyat kelmarin, pindaan berkenaan bertujuan menjaga kebajikan pekerja dan memberi kelonggaran dalam waktu kerja, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Pindaan itu, katanya, membolehkan pekerja menggunakan susunan waktu bekerja lebih fleksibel.

Beliau berkata, di bawah peraturan baharu itu, pekerja dibenarkan bertugas mengikut kesesuaian tempat, waktu dan hari bekerja, termasuk dari rumah ketika situasi kecemasan seperti pandemik COVID-19.

Namun, setakat hari ini, jelasnya, tiada cadangan atau libat urus untuk pihak kementerian melaksanakan kerja empat hari seminggu.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyuarakan pandangan berbeza apabila yakin pengurangan tempoh bekerja secara mingguan itu, memberi kesan positif dan meningkatkan produktiviti syarikat.

Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, pengurangan berkenaan adalah permulaan positif dan ‘berada di landasan betul’ ke arah pematuhan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), iaitu tempoh bekerja 40 jam seminggu.

Jelasnya, keputusan kerajaan itu adil kepada majikan dan pekerja, malah menjadi titik tolak kepada Malaysia untuk terus menambah baik waktu bekerja 40 jam seminggu, seperti diperjuangkan MTUC.

“Ia (keputusan) sudah terbukti di seluruh dunia bahawa mampu memberikan kesan positif terhadap sektor ekonomi dan kesihatan pekerja.

“MTUC percaya dengan pengurangan tempoh bekerja tersebut, ia memberi lebih banyak masa kepada pekerja untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Individu mendapat rehat secukupnya akan menunjukkan produktiviti yang lebih, seterusnya meningkatkan semangat mereka untuk bekerja,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mohd Effendy berkata, pekerja adalah aset paling penting dalam organisasi kerana berperanan menentukan hala tuju dan matlamat ingin dicapai.

Susulan peranan itu, pekerja perlu komited sepenuhnya kepada organisasi, sekali gus berusaha meningkatkan produktiviti melalui tanggungjawab.

Dalam konteks terbabit, beliau berkata, sekiranya pelaksanaan masa bekerja dipendekkan, ia memberi kesan lebih baik kepada produktiviti sesebuah organisasi.

“Banyak kajian pihak antarabangsa membuktikan pekerja yang sihat dan ceria sentiasa mempunyai motivasi serta semangat kerja lebih tinggi,” katanya. – Getaran, 16 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Majikan Perlu Sedia Struktur Kemajuan Kerjaya Pekerja - MEF

2

Semasa 1 tahun yang lalu

MEF Sangkal Dakwaan Pekerja Asing Bakal Didera, Kenyataan Itu Tidak Wajar

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

‘Pengarah Dan Kru Kerja Lebih Lama Daripada Pelakon’ - Yusry Ulas Isu Pelakon Dilenjan 20 Jam

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Munasabah Hapus, Kurangkan Pencen Mantan Anggota Kabinet - PM

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

oleh Diyana Nawwar

Semasa 15 jam yang lalu

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

Semasa 9 jam yang lalu

SPRM Siasat Pemimpin Kanan Disyaki Lantik Syarikat Berkepentingan