Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Mati Bukan Penyelesaian Masalah!

Ustaz Mohamad Hariri menegaskan perbuatan membunuh diri hukumnya adalah haram bahkan ia permulaan kepada masalah yang lebih besar dan dahsyat.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 3:45PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Situasi pandemik COVID-19 di seluruh dunia memberikan impak yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individ, dan masyarakat Malaysia tidak terkecuali. Depresi yang tidak tertanggung mengundang situasi menyedihkan apabila ramai yang mengambil keputusan untuk meragut nyawa sendiri.

Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia pada 10 September lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan bahawa bunuh diri berada di antara 10 penyebab utama kematian di dunia dan penyebab keempat kematian bagi mereka yang berumur daripada 15 hingga 29 tahun. 

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan di seluruh dunia terdapat lebih daripada 703,000 kes kematian membunuh diri setiap tahun, dengan purata 1 kejadian bunuh diri setiap 40 saat. 

Antara faktor sosial yang menyebabkan stres melampau sehingga mengundang depresi ialah hilang pekerjaan atau sumber pendapatan serta isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai. Sekiranya kemurungan ini gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik, ianya berisiko untuk tingkah laku bunuh diri.

Sebagai umat Islam, perbuatan membunuh diri hukumnya adalah haram. Namun, apabila berhadapan dengan depresi, ada juga umat Islam yang tewas dan akhirnya meragut nyawa sendiri. Situasi ini sudah tentu menyedihkan.

Ustaz Mohamad Hariri
Ustaz Mohamad Hariri

Ikuti temubual GETARAN bersama pendakwah bebas, penulis dan pengacara, Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud berhubung isu bunuh diri mengikut perspektif Islam. 

Pertama sekali mungkin Ustaz boleh berikan perspektif atau pandangan Islam berhubung perkara ini.

“Buat apa hidup, jika seperti neraka. Lebih baik mati daripada hidup merana. Mati, selesai masalah”.

Menjadi trend, cara untuk keluar daripada masalah hidup dengan jalan bunuh diri. Anggapan mudah, mati adalah penghujung kehidupan dan segala masalah dunia akan selesai dengan kematian. Ayat-ayat ‘penyedap hati’ semacam ini sebenarnya adalah hasutan syaitan yang mahu menjahanamkan fitrah manusia yang baik. Tekanan hidup, keruntuhan keluarga, difitnah, dimalukan, hutang keliling pinggang, mati adalah pilihan. Ini bukan cara menyelesaikan masalah tetapi permulaan kepada masalah yang lebih besar dan lebih dahsyat. 

Firman Allah, “Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (Surah An Nisa’: 29).

Ibnu Kathir menyebut, ayat ini adalah larangan untuk membunuh orang lain atau bunuh diri sendiri. Nyawa kita telah diberi oleh Allah dan kita tidak berhak untuk mengambilnya dengan tangan kita sendiri kerana kita tidak layak. Hanya Allah SWT sahaja yang layak mengambil nyawa kita.

Kematian adalah permulaan kepada satu kehidupan baharu iaitu alam barzakh sebelum dibangkitkan semula di alam akhirat, manusia akan disoal siasat semua amalan di dunia ini. Semua masalah dunia akan turut disoal siasat, kenapa, bagaimana, dengan siapa, mengapa, mana mungkin membunuh diri sendiri boleh menutup semua sesi sosal siasat itu. Manusia yang bunuh diri merasakan sudah tiada harapan, dia menyangka dengan membunuh diri semua masalah akan selesai.

Boleh Ustaz berikan sedikit nasihat kepada mereka yang ingin meragut nyawa sendiri?

Meminta mati bukan ajaran Nabi. Meratib setiap hari, matilah…matilah… walau hanya gurauan tetapi dilarang oleh agama. Walau apa jua musibah dan ujian menimpa, meminta mati ditegah oleh Nabi.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Janganlah salah seorang antara kalian mengharapkan untuk mati kerana musibah yang menimpanya. Jikalau benar-benar mengharapkan kematiannya, hendaknya dia mengatakan, “Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu baik untukku. Dan matikanlah aku jika kematian itu baik bagiku”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Mati juga adalah tamat sudah rekod amalan manusia. Kamu yakin amalan kamu sudah cukup, yakin benar kamu masuk syurga sehingga betul-betul berani kamu minta mati, menghentikan rekod amalan kamu. 

Daripada Abu Hurairah R,A, Nabi Muhammad SAW berkata, 

Barang siapa yang membunuh diri dengan pisau, maka kelak pisau di tangannya, dia akan menikam ke perutnya pada hari kiamat di neraka Jahanam, dia kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan barang siapa membunuh diri dengan meminum racun, maka racunnya di tangannya, dia akan meminumnya di neraka Jahanam, dia kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan barangsiapa terjun dari (atas) gunung, sehingga dia mati, maka kelak dia akan terjun (dari tempat tinggi) di neraka Jahanam dan dia kekal di dalamnya selama-lamanya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Bagaimana cara terbaik mengikut Islam untuk menjaga akal fikiran dan hati daripada mengambil jalan mudah yang dilarang oleh Allah ini?

Semua dari satu punca iaitu hilang pengharapan hidup. Sabar, tenang, Islam adalah harapan buatmu. Firman Allah "Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita". (Surah At Taubah ayat 40).

Mati, tertutuplah peluang untuk taubat, berubah dan kembali memperbetulkan kesilapan yang pernah dilakukan. Tiada peluang kedua lagi diberikan jika sudah mati. Selagi nafas masih bernyawa, selagi mata masih terbuka, selagi nadi belum berhenti, selagi itu kita ada peluang untuk memperbaiki diri.

Cara terbaik ialah membaca al-Quran dan membaca terjemahannya. Ayat-ayat al-Quran akan mententeramkan jiwa yang sedang kacau.  Ayat-ayat al-Quran akan memujuk hati yang resah, cerita dalam al-Quran akan mendamaikan perasaan yang gundah dan zikir-zikir dalam al-Quran akan menyelesaikan masalah yang terpendam.

Bagaimana ahli keluarga dan rakan-rakan boleh memainkan peranan membantu mereka yang ingin membunuh diri?

Ambil berat dan tanya khabar adalah cara terbaik boleh dilakukan keluarga dan rakan-rakan. Orang yang dirundung masalah perlukan sokongan moral untuk terus hidup. Jangan biarkan mereka bersendirian. Apabila bersendirian, syaitan akan mudah menghasut. Kata-kata positif dan nasihat yang baik akan mewaraskan keputusan akal fikiran.

Boleh kongsikan amalan atau doa yang boleh diamalkan apabila seseorang itu berhadapan depresi?

Amalkan doa ini, mudah mudahan Allah akan mengeluarkan diri kita daripada masalah hidup dan keresahan hati. Doa ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari ketika Nabi Muhammad SAW mengajarkan doa kepada seorang lelaki yang menghadapi masalah kesempitan hidup.

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ 

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. - Getaran, 15 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 6 hari yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selera 15 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Jelajah 6 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Jelajah 10 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN