Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Para Pemimpin Islam, Demi Ummah, Janganlah Tamakkan Kuasa

Tidak dinafikan kuasa dan kedudukan adalah satu nikmat serta ujian kepada setiap manusia. Namun, bertelagah kerana mahu mendapatkan atau mengekalkan kuasa adalah satu perkara amat tercela.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 2:46PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak beberapa minggu ini, suasana politik di negara kita mula disibukkan dengan isu-isu yang boleh mengganggu konsentrasi dan fokus negara di dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Isu sensasi politik ini dilihat lebih kerap dikemas kini berbanding masalah dan isu berkaitan COVID-19. Senario seperti ini hanya mengundang kemarahan rakyat serta mula meluat dengan gaya politik sesetengah pihak yang dilihat lebih mementingkan kuasa dan kedudukan.

Tidak dinafikan kuasa dan kedudukan adalah satu nikmat serta ujian kepada setiap manusia. Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan umatnya dengan ujian ini di dalam sebuah hadis dinukilkan oleh Imam al-Tarmizi:

Tidaklah dua ekor serigala lapar yang menghendap sekumpulan kambing lebih berbahaya berbanding seseorang yang amat mengidamkan kelebihan pada harta dan kemuliaan pada agamanya.

Imam al-Ghazali mengulas di dalam kitabnya, Ihya Ulum al-Din mengenai penyakit yang menimpa mereka yang cinta atau tamakkan kuasa dengan mengaitkan mereka dengan ayat Surah al-Qasas, ayat 83:

Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Kemudian, beliau menghubungkan penerangan ayat di atas dengan dua ayat yang berada di dalam Surah Hud:

Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan (Surah Hud, ayat 15-16)

Tidak dinafikan pangkat dan mandat adalah satu perkara penting di dalam memiliki kuasa untuk memerintah. Tanpa pangkat dan jawatan, idea dan pendapat, sekalipun bernas, belum tentu dapat dilaksanakan bagi mencapai sesuatu kebaikan dan manfaat umum.

Walau bagaimanapun, bertelagah dan berkonflik hanya kerana mahu mendapatkan atau mengekalkan kuasa adalah satu perkara amat tercela menggambarkan tamaknya manusia terhadap kuasa dan jawatan. Tidakkah Nabi Muhammad SAW bersabda:

Berhati-hati dan elakkanlah dari sifat tamak. Generasi sebelum kamu sudah pernah dihancurkan kerana sifat tamak yang menguasai diri mereka. Apabila ketamakan tersebut mendorongnya kepada bakhil maka mereka akan menjadi bakhil, apabila ia mendorong kepada memutuskan silaturahim mereka sanggup memutuskannya, apabila nafus tamak tersebut mendorong kepada kemungkaran, mereka melakukannya dengan sewenang-wenangnya (Riwayat Imam al-Bukhari)

Ringkasnya, kegilaan dan tamak kepada kuasa boleh menjadi penyebab kepada kerosakan agama seseorang bahkan hubungan sesama manusia juga boleh bergoncang akibat nafsu serakah ini.

Meskipun begitu, Allah SWT sentiasa memelihara hamba-Nya yang beriman dari godaan tamak yang merosakkan.

Kisah yang paling mendapat perhatian pengkaji sejarah Islam adalah kisah bersatunya kembali umat Islam setelah konflik yang berpanjangan beberapa tahun di tangan Saidina Hasan RA, cucu kesayangan Nabi SAW.

Kisah ini juga dikenali sebagai ‘Am al-Jama'ah atau ‘Tahun Kesatuan’.

Gambar Hiasan, Pixabay
Gambar Hiasan, Pixabay

 

Saidina Hasan dan Ramalan Nabi Muhammad SAW

Saidina Hasan RA dilantik menjadi khalifah setelah kewafatan ayahandanya, Saidina Ali bin Abi Tholib RA. Setelah beliau dibai’ah oleh penduduk di Iraq yang berjanji untuk taat setia kepadanya, beliau berkata sebagaimana yang disebut di dalam kitab Tarikh al-Thobari:

‘Kamu semua hendaklah taat dan patuh kepadaku, berdamai dengan mereka yang inginkan kedamaian, melawan kepada mereka yang memerangimu’.

Ucapan yang dilafazkan oleh Saidina Hasan ini adalah satu azam yang jitu untuk melihat kedamaian dan kesatuan umat Islam kembali mengukuh setelah terseret beberapa tahun di dalam konflik peperangan saudara antara pengikut Saidina Mu’awiyah di Syam dan kerajaan di bawah pemerintahan Saidina Ali RA.

Ibnu Hajar al-Asqalani menjelaskan bahawa Saidina Mu’awiyah sedar tentang kecenderungan Saidina Hasan untuk menghentikan konflik berdarah yang menyelubungi empayar Islam ketika itu.

Beliau juga berharap agar cucu kesayangan Nabi Muhammad SAW ini akan merealisasikan ramalan nendanya:

Anakku ini (merujuk kepada cucunya, Saidina Hasan) adalah penghulu, mudah-mudahan kelak dia akan menggabungkan kembali dua golongan muslim bertelagah. (Riwayat al-Bukhari)

Harapan beliau untuk melihat dunia Islam kembali aman dan tenteram dari fitnah dan permainan politik pihak tertentu dikabulkan setelah enam bulan menjawat jawatan khalifah sebagaimana yang dilaporkan oleh sejarawan Islam, al-Tobari dan Ibnu al-Athir.

Jawatan tertinggi tersebut telah dserahkan kepada Saidina Mu’awiyah bagi memberi peluang kepada sahabat Rasulullah SAW itu untuk membina semula keamanan dan keharmonian serta menahan tertumpahnya darah kerana ketamakan kuasa dan kedudukan.

Apabila ditanya kepada beliau mengenai tindakannya menyerahkan jawatan kepada Mu’awiyah, beliau menjawab, "Orang yang telah memiliki dunia tidak perlukan kepadanya lagi."

Kisah ini amat penting dihayati oleh para pemimpin dunia Islam pada hari ini, yang segelintir daripada mereka dilihat lebih mengutamakan agenda pengekalan kuasa politik berbanding mengutamakan kepentingan rakyat.

Demi kuasa, nyawa rakyat diperjudikan, harta negara digadaikan dan maruah negara sanggup dijual beli.

Lihatlah kebijaksanaan cucu Rasulullah SAW yang agung ini, ketika berada di tampuk pemerintahan yang keluasan jajahannya merangkumi Semenanjung Arab, Syam, Iraq, Iran dan Mesir, tidak lemah untuk melepaskan jawatannya demi melihat kelestarian umat Islam dan dakwah Islam dapat diteruskan.

Ternyata, keberkatan tindakannya itu, Islam di bawah dinasti atau pemerintahan Muawiyah telah dapat diperluaskan sehingga ke sempadan Sepanyol di sebelah barat perbatasan negara Byzantine di sebelah utara dan wilayah Asia Tengah di sebelah timur.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

 

Iktibar

Petunjuk Rasulullah SAW kepada umatnya tidak pernah tersalah dan tersilap. Setiap saranan itu memiliki maksud dan matlamat tertentu bagi mewujudkan hasanah atau kebaikan di dunia nan sementara.

Ketamakan kuasa hanya akan menghancurkan dan merosakkan hubungan sesama manusia, sementara kemurahan dan kebijaksaan menguruskan amanah Allah itu pasti membawa kejayaan dan merupakan satu kebaikan yang dikenang manusia.

Renungkanlah ayat 46 Surah al-Anfal:

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Bersempena dengan awal tahun 1443 Hijrah ini, marilah kita bersama-sama mengukuhkan kembali silaturahim, membina persahabatan yang erat serta hubungan yang baik sesama muslim dan manusia secara umumnya.

Mudah-mudahan dengan azam dan perbuatan mulia tersebut akan menjemput kerahmatan dan keberkatan yang membuahkan gerak kerja yang cemerlang di dalam kehidupan kita serta kerahmatan di alam Akhirat nanti. - Getaran, 10 September 2021

---

Penulis merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di [email protected]

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 minggu yang lalu

PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

2

Karier 1 bulan yang lalu

Yayasan Peneraju Hasrat Lahir 3 Jenis Pemimpin Dalam Kalangan Bumiputera

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Ujian Sebenar Pemimpin Adalah Ketika Dia Berkuasa - PM

4

Politik 8 bulan yang lalu

Pulau Pinang Tak Goyah, Kekal Teguh Di Belakang PM - Guan Eng

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 5 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 21 jam yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Selera 11 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya