Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ditimpa Penyakit, Itu Tanda Allah Masih Peduli

Sakit itu penghapus dosa-dosa kecil, sakit juga hadiah agar kita bermuhasabah, menjadi lebih baik dan lebih bertakwa.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 2:39PM

Gambar: Sharon McCutcheon, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jodoh, ajal, maut  dan rezeki adalah rahsia Allah. Begitu juga dengan sihat atau sakit. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku ke atas hamba-Nya. Ketika ini umat dunia sedang berperang dengan penyakit yang sehingga kini penawarnya masih belum ditemui. 

Andai kata anda adalah salah seorang yang menjadi mangsa virus COVID-19, bagaimana reaksi anda menghadapi situasi ini? Adakah anda mengeluh, patah hati, sedih atau tenang sahaja? Mungkin juga perasaan anda bercampur-baur. 

Sebagai umat Islam, pasti anda percaya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Namun hakikatnya, bukan mudah untuk mengawal kesedihan atau kesabaran apabila berdepan dengan penyakit merbahaya atau kritikal sama ada diri sendiri mahupun ahli keluarga.

Lebih-lebih lagi jika doktor mengesahkan tiada apa lagi yang boleh dilakukan dan anda dan ahli keluarga diminta tawakal serta mengharapkan keajaiban daripada-Nya. Jadi, apa yang boleh dilakukan? Adakah perlu terus menangis atau cuba menyalahkan takdir? Jika anda seorang yang beriman, pasti anda reda dengan ketentuan Ilahi. 

Sakit adalah penghapus dosa-dosa kecil. Sakit itu ujian. Tanda Allah masih melihat, peduli dan masih sayangkan kita. Sakit juga adalah hadiah agar kita bermuhasabah, menjadi lebih baik dan lebih bertakwa di sisi-Nya. Rasulullah SAW bersabda;

Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cubaan. Sesungguhnya Allah ‘Azza wajalla bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka. Barang siapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannya dan barang siapa murka maka baginya murka Allah. (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Satu lagi hadis yang menerangkan tentang perkara ini ialah; “Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Malaikat menjaga dan mendoakan

Selain itu, tahukah anda Allah SWT mengutus empat malaikat untuk selalu menjaga mereka yang sedang  dalam kesakitan?

  • Malaikat pertama diperintahkan untuk mengambil kekuatan sehingga kamu menjadi lemah.
  • Malaikat kedua diperintahkan untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulut kamu.
  • Malaikat ketiga diperintahkan untuk mengambil cahaya terang di wajah sehingga berubahlah wajah kamu menjadi pucat lesi.
  • Malaikat keempat pula diperintahkan untuk mengambil semua dosa kamu, maka berubahlah kamu menjadi suci dari dosa.
  • Kemudian Allah memberi kesembuhan kepada hamba-Nya dan memerintahkan kepada Malaikat pertama sehingga ketiga untuk mengembalikan semula kekuatan, rasa lazat dan cahaya di wajah hambaNya.

Namun dek kerana kasihnya Allah kepada hamba-Nya, untuk Malaikat yang keempat, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin.

Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : “Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?

Allah menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaanKu jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.”

Jadi, jika anda ketika ini dilanda musibah kesakitan, janganlah berputus asa, sebaliknya sabar dan jangan sesekali berhenti memohon kesembuhan daripada Allah yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.

Doa orang yang sakit itu adalah mustajab. Ini kerana kesakitan itu menjadikan hatinya lemah tak berdaya. Ketika ini mereka hanya mengharapkan kasih Allah untuk menyembuhkannya. Kenyataan ini bersandarkan kepada beberapa hadis berikut:

Jika engkau menjenguk orang sakit, mintalah kepadanya agar ia berkenan mendoakanmu, kerana doanya seperti doa malaikat.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jenguklah orang-orang sakit, dan mintalah kepada mereka agar berkenan mendoakanmu, kerana doa orang sakit itu mustajab dan dia diampuni atas dosanya.” (Hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi)

Manfaatkanlah doa atau permohonan mukmin yang terkena musibah.” (Hadis Riwayat Sa’id bin Manshur)

Doa orang yang sakit tidak ditolak sampai ia sembuh.” (HR. Ibnu Abid Dunya dan Baihaqi) - Getaran, 27 Ogos 2021

Rujukan: https://umma.id/, https://konsultasisyariah.com/, https://www.muftiwp.gov.my/en/

Gambar: Sharon McCutcheon, Unsplash dan fail Getaran.my

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled