web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Pasti Jadi PM... Atau Sebaliknya?

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 3:08PM

Ismail Sabri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bolehkah kita dengan pasti mengatakan yang Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menjadi perdana menteri ke-9 negara ini?

Beberapa penggubal undang-undang UMNO dan Barisan Nasional malam tadi berkata yang kata sepakat telah dibuat untuk menamakan Ahli Parlimen Bera itu sebagai calon perdana menteri.

Tetapi bagaimana kata sepakat dicapai jika sekurang-kurangnya tiga Ahli Parlimen UMNO - Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - telah menarik sokongan terhadap bekas naib perdana menteri itu.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dalam satu hantaran di Facebook berkata parti bersekutu yang lain - kononnya daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) - telah bersumpah akan menyokong mana-mana calon daripada Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Kerteh itu berkata lebih daripada 69 Ahli Parlimen akan memberi sokongan mereka. Campurkan nombor itu dengan 42 kerusi yang di pegang Barisan Nasional dan ia mencukupi untuk mencapai 111 kerusi yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Berdasarkan kiraan mengikut sokongan sebelum ini terhadap PN, ini bermakna Ismail Sabri akan mendapat sokongan daripada 115 Ahli Parlimen, termasuk daripada PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan Ahli Parlimen bebas.

Jika ini benar, rakyat Malaysia akan menyambut kepulangan kerajaan yang hilang kuasa dua hari lalu, dengan perubahan sedikit kepada tam puk pimpinan dan beberapa menteri mendapat kembali jawatan kabinet mereka sebelum ini.

Tetapi, ada perkara yang lebih menarik.

Mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizah Harun semalam, semua Ahli Parlimen perlu menghantar satu nama calon yang mereka sokong untuk memimpin negara kepada Yang di-Pertuan Agong paling lewat pada jam 4 petang hari ini.

Tetapi, kesemua Ahli Parlimen perlu merahsiakan pernyataan berkanun mereka sehingga Baginda memberikan keputusan tentang siapa perdana menteri baharu negara ini.

Ini telah membuka ruang kepada para Ahli Parlimen yang mungkin tidak sedang dengan calon, dari parti masing-masing, yang sedia ada untuk menghantar nama yang berbeza kepada Yang di-Pertuan Agong.

Daripada 115 Ahli Parlimen yang kononnya menyokong Ismail Sabri, hanya enam orang diperlukan untuk menghantar nama yang berbeza kepada Seri Paduka Baginda untuk impiannya untuk menjadi perdana menteri hancur berkecai.

Nama-nama Ahli Parlimen tersebut akan didedahkan kepada orang ramai, terutama sekali jika undi percaya diadakan di Parlimen apabila perdana menteri baharu telah dilantik.

Malaysia juga berkemungkinan akan mendapat perdana menteri yang berbeza - mungkin ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atau presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal - jika semua anggota Parlimen lain menyokong orang yang sama.

Golongan yang mungkin tidak menyokong Ismail Sabri adalah puak di dalam UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Semalam, Zahid dan Ismail Sabri nampak seperti telah menyelesaikan permasalahan di antara mereka, mereka berdua dan pengikut mereka berbalah sejak beberapa bulan lalu berikutan perebutan kuasa di peringkat persekutuan.

Ini boleh menyebabkan Zahid dan sekutunya yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 12 Ahli Parlimen berubah arah, terutama sekali jika dijanjikan habuan oleh pihak lawan.

Jika mereka kekal menyokong Ismail Sabri, ada kemungkinan tipis yang ada golongan di dalam BERSATU yang mungkin tidak akan menyokong calon UMNO itu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan terakhirnya sebagai perdana menteri pada Isnin berkata yang beliau tidak akan bersekongkol dengan golongan kleptokrat, satu mesej jelas ditujukan kepada pengikut Zahid, di mana penarikan sokongan mereka bulan lepas menyebabkan keruntuhan kerajaan PN.

Pakatan Harapan telah mula menjemput kembali mereka yang telah meninggalkan gabungan itu untuk kembali dalam usaha untuk membentuk satu kerajaan yang serupa dengan yang mendapat mandat daripada rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.

Walaubagaimanapun, petunjuk memberi gambaran yang Ahli Parlimen BERSATU menyokong pimpinan UMNO.

Satu lagi faktor yang boleh memainkan peranan adalah jika pihak pembangkang bersetuju untuk menyokong Shafie sebagai perdana menteri - ada satu persetujuan yang Ahli Parlimen Sabah itu akan mengambil alih tampuk pimpinan untuk membentuk kerajaan jika Anwar gagal menyokong sokongan yang cukup.

Langkah sedemikian - yang akan menyaksikan negara ini mendapat perdana menteri pertama dari Borneo - mungkin berpotensi untuk meyakinkan 18 Ahli Parlimen GPS untuk mengubah sokongan, membukan ruang untuk negeri timur Malaysia untuk mendapat hak yang saksama dan implementasi penuh Perjanjian Malaysia 1963.

Tinggal beberapa jam lagi sebelum jendela untuk para Ahli Parlimen untuk menghantar penyata berkanun mereka tutup, dan dengan parti-parti politik masih lagi mengadakan mesyuarat tergempar, perkara ini mungkin akan diheret hingga ke saat akhir.

Apa sahaja yang berlaku daripada kini hingga jam 4 petang akan menentukan nasib negara. - Getaran, 18 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad