web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Surat Azalina Persoal Gantung Parlimen Dapat Pujian

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2021 1:18PM

Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Tindakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mempersoalkan kewajaran menggantung sidang parlimen sehingga Ogos adalah satu penghargaan terhadap undang-undang negara.

Peguam terkemuka, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, surat Azalina kepada pejabat Peguam Negara itu adalah satu peringatan yang dialu-alukan, khususnya dari aspek demokrasi berparlimen dan kedaulatan undang-undang.

“Ini mungkin kali pertama seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat menulis kepada pejabat Peguam Negara untuk menyuarakan kebimbangannya mengenai kekangan yang dikenakan pada parlimen kerana darurat.

“Surat Azalina ini nyata menaikkan semangat rakyat yang menyanjung tinggi kedaulatan undang-undang, keutuhan demokrasi berparlimen dan kerajaan yang bertanggungjawab,” katanya hari ini.

Surat Azalina kepada Peguam Negara yang persoal kewajaran gantung sidang Parlimen
Surat Azalina kepada Peguam Negara yang persoal kewajaran gantung sidang Parlimen

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah mengisytiharkan darurat bermula 11 Januari lalu dan proklamasi itu membawa kepada penggantungan sidang Parlimen, sehingga tamat tempoh, dipercayai 1 Ogos nanti.

Mengulas lanjut Jahaberdeen berkata, beliau percaya pejabat Peguam Negara tidak mempunyai pilihan, selain daripada membalas surat itu bagi meyakinkan rakyat terhadap keutuhan sistem demokrasi negara.

Azalina dalam suratnya mempersoalkan faktor yang membawa kepada penggantungan itu, sedangkan masih ada beberapa jalan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi memastikan persidangan terbabit dapat diteruskan.

“Saya sebagai ahli parlimen yang telah berkhidmat 17 tahun tidak faham bagaimana dan mengapa kita tidak mampu ataupun menolak untuk mengadakan sidang parlimen seperti negara-negara luar yang mengambil inisiatif untuk mengurangkan jumlah kedatangan ahli, prosiding melalui bilik penyiaran atau menyesuaikan masa agar lebih fleksibel.

“Kerajaan telah mengambil langkah drastik dengan menggantung persidangan parlimen sedangkan masih berpeluang untuk menambah baik persidangan supaya ia dapat diteruskan,” katanya dalam surat tersebut. - Getaran, 18 Februari, 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 2 minit yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad