web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen UMNO Perlu Patuh Pendirian Parti - Pengerusi Perhubungan Negeri

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 5:41PM

Ahli Parlimen UMNO diminta akur dan mematuhi sebarang pendirian serta keputusan parti. - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua Ahli Parlimen UMNO diminta akur dan mematuhi sebarang pendirian serta keputusan parti, susulan peletakan jawatan Tan Sri Muyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan, hari ini.

Barisan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menegaskan, ia adalah selaras dengan garis panduan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO.

“Kami meminta semua ahli parti terus istiqomah berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, peraturan dan tatasusila sebagai ahli UMNO,” kata kumpulan berkenaan.

Kenyataan bersama itu ditandatangani Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang), Datuk Ir. Hasni Mohamad (Johor), Datuk Saarani Mohamad (Perak), Datuk Seri Azlan Man (Perlis), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Kelantan).

Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu), Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (Sabah), Datuk Musa Sheikh Fadzir (Pulau Pinang), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Kedah), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (Melaka), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Wilayah Persekutuan) dan Tan Sri Noh Omar (Selangor).

Pergolakan politik yang membelenggu Kerajaan Perikatan Nasional hari ini mencapai kemuncak dengan peletakan jawatan Muhyiddin setelah beliau kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Ia susulan penarikan semula sokongan oleh 15 daripada 38 Ahli Parlimen UMNO, diketuai oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dua minggu lalu.

Ini adalah kali kedua pertukaran kerajaan berlaku selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 8 Mei 2021 lalu. – Getaran, 16 Ogos, 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan