web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sah, Jemaah Menteri Letak Jawatan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 2:11PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peletakan jawatan Jemaah Menteri dilihat hampir pasti menjadi kenyataan, selepas disahkah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin menerusi satu hantaran di akaun rasmi Instagram milik beliau.

Petikan pendek menerusi Instastory itu mengesahkan bahawa seluruh anggota Kabinet telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

“Semua anggota Kabinet telah meletakkan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih atas peluang ini, untuk sekali lagi berkhidmat kepada negara. Semoga Allah merahmati Malaysia,” katanya menerusi hantaran itu.

Sebelum perkara itu diumumkan Khairy, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk  Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memberi bayangan bahawa mesyuarat kabinet yang melibatkan kerajaan Perikatan Nasional PN hari ini adalah yang terakhir.

“Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan tersebut. Apabila kamu telah bertekad membuat keputusan maka bertawakal berserah diri lah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertawakal  berserah diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda BERSATU Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal  turut memuat naik satu lagi mesej perpisahan di Facebook.

“Kami berdiri teguh dan bangga dengan kamu Tan Sri Presiden. Terima kasih atas jasa dan kepimpinan anda. Kami akan kembali dengan lebih kuat, InsyaAllah,” kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu.

Spekulasi peletakan jawatan Muhyiddin sebenarnya semakin hangat bermula semalam, selepas ia disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Menurut Ahli Parlimen Alor Gajah itu, perkara berkenaan dimaklumkan Muhyiddin dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen BERSATU selama kira-kira dua jam semalam.

Sementara itu, Muhyiddin tiba di Pintu 1 Istana Negara jam 12.23 tengah hari tadi selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

Kehadiran beliau diiringi pasukan pengiring Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sempat melambai ke arah pengamal media yang sejak jam 9 pagi sudah berkampung di Istana Negara.

Perdana Menteri Kelapan itu kemudian dilihat meninggalkan perkarangan Istana Negara melalui Pintu 1 pada jam 1.02 tengah hari selepas menghadap Seri Paduka Baginda selama kira-kira 30 minit.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berusia 17 bulan yang dipimpin Muhyiddin menerusi Langkah Sheraton akhirnya goyah selepas 15 daripada 38 Ahli Parlimen UMNO diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik semula sokongan kepada Perdana Menteri, dua minggu lalu.

Getaran difahamkan Ahli Parlimen Pagoh itu akan mengadakan sidang media di dalam masa terdekat untuk memaklumkan perkembangan berhubung kemelut politik yang melanda negara. - Getaran, 16 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 2 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut