web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Tinggalkan Putrajaya, Menghadap Agong Di Istana Negara

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 1:08PM

Muhyiddin melambai ke arah media semasa meninggalkan Perdana Putra. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kenderaan membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya kira-kira jam 12 tengah hari tadi, selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet hari ini.

Getaran difahamkan, destinasi beliau seterusnya ialah Istana Negara, bagi mempersembahkan peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terdahulu, kenderaan dinaiki Jemaah Menteri mula bergerak meninggalkan perkarangan Bangunan Perdana Putra kira-kira jam 11.45 pagi, selepas menghadiri mesyuarat sama sejak jam 10 pagi.

Cubaan mendapatkan sebarang komen bagaimanapun gagal apabila tiada mana-mana menteri menghentikan kenderaan, atau menurunkan cermin kenderaan untuk bercakap dengan kumpulan media yang menunggu seawal 8 pagi.

Antara menteri dilihat hadir ialah terbabit ialah Menteri Kewangan, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Turut kelihatan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Kemelut politik yang melanda negara bermula selepas UMNO menarik semula sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin awal bulan ini.

Seramai 15 Ahli Parlimen UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penarikan sokongan itu, sekali gus menyebabkan kerajaan Muhyiddin hilang majoriti di Parlimen.

Susulan itu, pelbagai pihak mendesak Perdana Menteri supaya melepaskan jawatannya sebelum Muhyiddin dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengumumkan pelaksanaan usul undi percaya di Parlimen bulan depan.

Beliau turut membuat tawaran kepada semua parti politik, termasuk pembangkang dan UMNO untuk menyokongnya dalam usul terbabit namun ditolak.

Susulan penolakan, Perdana Menteri dikatakan akan mempersembahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini. - Getaran, 16 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 3 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 22 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 3 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad