web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Pinta Sokongan Dari Dr Mahathir

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 9:29PM

Dr Mahathir adalah Presiden PEJUANG, parti yang mempunyai empat kursi di Parlimen. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang mengumpul sebanyak mana sokongan yang boleh untuk pencalonannya sebagai perdana menteri.

Salah satu daripada pihak yang Ismail Sabri dambakan sokongan ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Difahamkan yang kedua-dua pihak berkomunikasi hari ini dengan Ismail Sabri meminta Mahathir untuk sokongan mengharapkan Presiden PEJUANG itu, di mana parti itu mempunyai empat kerusi, dapat membantu mempengaruhi sentimen untuk menyokong Menteri Pertahanan itu.

Sementara Penyata Berkanun sedang dikumpul di Hotel Royal Chulan pada petang tadi daripada BERSATU dan beberapa ahli UMNO untuk pencalonan Ahli Parlimen Bera itu, difahamkan UMNO sebagai satu parti tidak sekepala tentang pencalonannya.

Ada perpecahan dalam parti tersebut dengan 15 daripada 38 Ahli Parlimen yang menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan pentadbiran Perikatan Nasionalnya (PN).

Puak yang diketuai oleh Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahukan penarikan penuh daripada kerajaan seperti telah ditetapkan oleh parti pada Mei, Muhyiddin dijangkakan akan menawarkan peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong esok, dan mencadangkan Ismail Sabri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Ada banyak perkara yang PN perlu betulkan berkaitan hubungannya dengan Istana Negara. Muhyiddin tampak biadap dan tidak taat kepada Yang di-Pertuan Agong - tidak mengikut titah Baginda untuk membentang dan membahaskan Ordinan Darurat di Parlimen. 

Sebaliknya Muhyiddin menangguhkan undi percaya dan telah menutup Dewan Rakyat atas alasan kenaikan jangkitan COVID-19.

“Meminta sokongan daripada Mahathir adalah satu pilihan yang pelik, terutama sekali bila mengambil kira hubungan bekas perdana menteri itu dengan Institusi Diraja penuh dengan pelbagai peristiwa,” kata seorang sumber.

Mahathir, berkata beliau tidak menyatakan bahawa akan menyokong Ismail Sabri atau tidak tetapi hakikat Menteri Kanan Pertahanan itu menghubungi pemimpin berusia 96 tahun itu adalah satu petunjuk yang jawatan perdana menteri adalah satu perkara yang belum pasti lagi. 

“Sekurang-kurangnya Mahathir boleh membawa sokongan daripada beberapa ahli pembangkang dan UMNO kepada arah Ismail Sabri. Setidaknya itulah yang dia harapkan,” tambah sumber itu lagi. - Getaran, 15 Ogos 2021 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 3 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 22 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish