web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jadikan PH Sebagai Sebahagian Kerajaan Baru - Yusmadi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 10:17AM

Mohd. Yusmadi Yusoff - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pakatan Harapan (PH) perlu dijadikan sebahagian daripada pihak pemerintah sekiranya berlakunya pertukaran dalam kerajaan dan Perdana Menteri.

Itulah gesaan Ahli Dewan Negara, Senator Mohd Yusmadi Yusoff yang berpendapat kemasukan semula PH dalam tampuk pemerintahan adalah berpatutan memandangkan ia memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.

“PH adalah perikatan politik yang berhak untuk menerajui negara kerana ia telah memenangi mandat rakyat pada pilihan raya yang lalu.

“Kalau mana-mana pihak tidak berunding dengan PH dan memasukkannya semula, ia hanya akan mengulangi kesilapan kerajaan sedia ada yang ingat ia boleh mentadbir hanya dengan mempunyai majoriti mudah.

“Hasilnya adalah kerajaan yang tidak stabil seperti ini,” kata Yusmadi yang mewakili PKR dalam Dewan Negara.

Tambahnya, jika Muhyiddin melepaskan jawatannya secara terhormat, mana-mana pemimpin yang menggantinya tidak boleh tidak mempedulikan PH kerana ia juga mengulangi kesilapan yang sama.

“Yang mengetuainya mungkin berbeza, namun hasilnya akan tetap sama. Kerajaan baru itu akan tetap gagal untuk membendung pandemik COVID-19, memacu semula ekonomi dan menstabilkan negara

“Kesahihan kerajaan datang daripada mandat rakyat. Sebab itu pilihan raya diadakan. Rakyat yang memilih,” tegas Yusmadi.

Beliau juga menggesa Peguam Negara untuk menasihati pihak kerajaan supaya ia tidak membuat keputusan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan negara. - The Vibes, 13 Ogos 2021.

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad