web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Calon PM? Mengarut! - Zahid Hamidi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 2:47PM

Zahid tidak pernah memikirkan perkara itu atau membincangkannya dalam UMNO. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan laporan bahawa beliau menawarkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri jika Tan Sri Muhyiddin Yassin kecundang dalam sesi undian percaya di Parlimen bulan depan.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, beliau tidak pernah memikirkan perkara itu atau membincangkannya dalam UMNO, meskipun terdapat banyak desas-desus mengatakan sebaliknya.

“Mengarut. Ia (pencalonan sebagai Perdana Menteri) tak pernah timbul. Tiada keputusan telah dibuat,” tegas Zahid kepada The Vibes, hari ini.

Ketika ditanya, Zahid turut berkata, tiada sebarang perancangan untuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berbincang mengenai calon Perdana Menteri pada mana-mana mesyuarat dalam masa terdekat.

“Kami akan membincangkannya apabila dan jika Muhyiddin gagal dalam semasa sesi undi percaya nanti. Buat masa ini tiada apa-apa lagi,” tambah Zahid.

Semalam, MalaysiaNow memetik kenyataan dua sumber yang mendakwa Zahid sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri telah mencalonkan namanya sebagai calon Perdana Menteri jika Muhyiddin berjaya digulingkan.

Menurut sumber itu, perkara berkenaan telah diumumkan oleh Zahid dalam satu mesyuarat dengan barisan Ahli Parlimen UMNO baru-baru ini.

Rabu lalu, Muhyiddin mengumumkan beliau akan membentangkan usul undi percaya di Dewan Rakyat dalam persidangannya September nanti.

Pengumuman itu adalah rentetan daripada keputusan sejumlah 14 Ahli Parlimen UMNO, termasuk Zahid, yang menarik semula sokongan mereka terhadap Muhyiddin sekali gus mengakibatkan beliau hilang majoriti di Dewan Rakyat.

Minggu lepas pada Isnin, UMNO mempersembahkan dua warkah kepada Yang di-Pertuan Agong yang turut melampirkan bersama akuan bersumpah kesemua 14 Ahli Parlimen, berhubung penarikan semula sokongan terhadap Perdana Menteri. - Getaran, 11 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 3 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95