web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada PRK DUN Melor - SPR

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 11:50AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memaklumkan bahawa tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan bagi mengisi kekosongan luar jangka Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor, susulan penyandangnya Dr Md Yusnan Yusof meninggal dunia pada 30 April lepas.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, di bawah Perkara 46(5) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, kekosongan sesuatu kerusi Dewan Negeri Kelantan perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut.

Beliau berkata, seandainya kekosongan luar jangka itu dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh Dewan Negeri akan terbubar, mengikut Fasal (3), maka tiada keperluan mengisi kekosongan itu melainkan Speaker secara bertulis memberitahu SPR sebaliknya.

“Sehubungan itu, Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Ikmalrudin berkata berdasarkan Proklamasi Darurat 2021 yang berkuat kuasa pada 11 Jan 2021 hingga 1 Ogos 2021 dan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 (PU(A)12), peruntukan Perlembagaan mana-mana negeri berhubungan pilihan raya bagi pemilihan DUN, tidak mempunyai kesan sepanjang tempoh darurat.

Md Yusnan, 53, meninggal dunia di rumahnya di Melor, Kelantan pada 2.28 pagi akibat serangan jantung.

Beliau memenangi kerusi DUN Melor bagi dua penggal berturut-turut iaitu pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan ke-14. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

2

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lat Tempoh Masih Berkuat Kuasa, SPR Tiada Rancangan Laksana Kajian Semula Persempadanan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad