web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sokong PM Kerana Tugas, Tak Perlu Dipolitikkan - Dr Ismail

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 9:11PM

Ismail Abdul Muttalib (tiga dari kiri) meninjau Program Mobilasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Dewan Semai Bakti FELDA Jengka 3, dekat Maran, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARAN - "Saya berikan sokongan kerana dia Perdana Menteri, sama seperti saya berikan sokongan kepada Perdana Menteri lain sebelum ini, seperti saya sokong Datuk Seri Najib Razak dan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan ini tidak perlu dipolitikkan," demikian tegas ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, perkara paling penting ketika ini adalah bersama membantu kerajaan mengatasi pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi sejak masalah ini bermula tahun lalu. 

"Tujuan utama saya untuk bekerja, saya dilantik dan dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk membantu dan memberikan khidmat kepada rakyat. 

"Wajarlah kalau ahli politik ini tidak sepatutnya terlalu berpolitik sampai hilang perkiraan (pertimbangan) dalam membantu rakyat," katanya ketika ditemui selepas program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Dewan Semai Bakti FELDA Jengka 3, dekat sini, hari ini. 

Kira-kira 900 penduduk di sekitar FELDA Jengka 3 menerima dos pertama vaksin COVID-19 jenis Pfizer pada program berkenaan. 

Ketika diminta mengulas pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meminta semua ahli Parlimen UMNO menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN), Ismail berkata, perkara itu tidak sepatutnya timbul.

Tegas beliau, Perdana Menteri sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah dan baginda memperkenankan supaya usul undi percaya dijalankan di Parlimen. 

"Terserah dalam Parlimen. Agong dah perkenan dan PM pun sudah jumpa (menghadap) Agong, pendirian kita jelas. 

"Kalau letak jawatan semua sekali, siapa yang nak buat kerja. Kita sudah merasa 22 bulan di bawah kerajaan DAP (pembangkang), mereka tidak berbuat apa-apa untuk membantu rakyat," katanya. 

Ditanya adakah beliau menerima surat dari pejabat UMNO susulan pengumuman terbuka beliau untuk menyokong Muhyiddin dan PN,  katanya setakat ini tiada sebarang notis diterima berhubung tindakan yang bakal dikenakan.

"Secara peribadi, saya belum terima (surat) dan saya masih lagi ahli UMNO. Saya nak pemimpin yang buat kerja, tidak ada penyelewengan. Saya nak pemimpin yang ikhlas bekerja untuk rakyat, bukan (pemimpin) yang fikirkan masalah sendiri. 

"Kalau (fikirkan) peribadi sendiri, bagaimana kita boleh membela rakyat, negara kita dan agama kita," katanya. 

Ismail turut memaklumkan tidak timbul isu berlakunya perpecahan dalam UMNO buat masa ini kerana semua Ahli Parlimen mengambil pendirian berdasarkan situasi semasa demi kepentingan negara dan rakyat. 

"Kita tidak ada masalah (perpecahan) jadi sekarang siapa yang nak pecahkan (UMNO), saya tidak bimbang, saya tidak minat untuk pecahkan parti dan saya setia bersama UMNO. 

"Kalau kita nak bercakap, biarlah ada asas, ada pengetahuan dan ada maklumat, bukannya kerana emosi dan saya tahu apa yang sedang berlaku di bawah (akar umbi)," katanya. – Getaran, 7 Ogos 2021
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 3 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad