Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


31 MP Sokong PN, Tarik Diri Dari Kerajaan Tidak Bertanggungjawab

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 1:40PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetap menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga keabsahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Kabinetnya ditentukan pada sidang khas Parlimen September ini.

Sokongan diumumkan menerusi sidang media dihadiri 21 Ahli Parlimen dan diketuai Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu adalah bagi mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ismail Sabri berkata, 10 Ahli Parlimen lain tidak dapat menghadiri sesi itu seperti dirancang kerana mempunyai urusan dan mesyuarat rasmi.

“Seperti kita semua maklum, beberapa hari kebekalangan ini berbagai isu berkaitan dengan UMNO. Ramai rakyat di luar sana tertanya-tanya pendirian kami.

“Pendirian kami adalah Ahli Parlimen menjunjung kasih dan menjunjung titah Yang di-Petuan Agong, iaitu perkenankan supaya kerajaan hari ini meneruskan pentadbirannya dan menentukan keabsahan ini di Parlimen," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan Keselamatan menegaskan, kesetiaan mereka terhadap titah Seri Paduka Baginda tidak berbelah bahagi walau dalam apa juga keadaan.

“Kami ahli Parlimen yang setia kepada Agong akan patuh kepada titah baginda, justeru apa pun perkara yang nak diselesaikan, perkara berkaitan kerajaan perlu dilakukan di Parlimen,” katanya.

Ismail Sabri berkata, tidak timbul isu derhaka kepada UMNO atau kepimpinan parti, malah menyifatkan, golongan penderhaka sebenar adalah mereka yang melanggar titah supaya perkara itu dibawa pada September depan.

Jelasnya, tumpuan pihaknya ketika ini adalah terus membantu kerajaan menyelesaikan isu terkini, iaitu pandemik COVID-19 dan kesusahan ditanggung rakyat, bukan meninggalkan kerajaan secara tergesa-gesa seperti diarahkan parti.

“Kita sebagai ahli yang setia kepada parti dengan objektifnya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, jadi menarik diri serta merta, menumbangkan kerajaan serta lari daripada tanggungjawab diamanahkan adalah tindakan tidak bertanggungjawab.

“Dalam Parlimen nanti kita akan buat keputusan bila sampai masa,” tegasnya.

Mengulas mengenai surat dikemukakan Setiausaha Agung UMNO yang memberikan tempoh 48 jam untuk pihaknya memberikan respon, Ismail Sabri berkata, tindakan itu bertentangan dengan perundangan, namun beliau akan membincangkan perkara terbabit bersama Ahli Parlimen berkaitan untuk memutuskan sama ada ia perlu dijawab atau sebaliknya.

“Dalam masa sama, oleh kerana arahan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi libatkan kami Ahli Parlimen, kami desak beliau berjumpa kami supaya dapat dijelaskan hasratnya. Tidak boleh keluarkan arahan tiba tiba tanpa berjumpa dan penjelasan lanjut.

“Kepada ahli parti, percayalah kami merupakan pemimpin yang setia kepada parti. Tindakan kita jangan sampai merugikan parti dan jangan sampai membebankan rakyat,” katanya.

Turut hadir pada sidang media itu selain Ismail Sabri, Ahli Parlimen yang hadir adalah Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap); Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Arau); Datuk Seri Idris Jusoh (Besut); Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak); Datuk Seri Hasan Arifin (Rompin); Tan Sri Annuar Musa (Ketereh) dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi).

Ahli Parlimen lain adalah Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Kuala Krau); Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis); Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (Maran); Mohd Shahar Abdullah (Payar Besar); Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar); Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas); Datuk Seri Jalaluddin Alias (Jelebu); Datuk Salim Sharif (Jempol); Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dan Datuk Seri M Saravanan (Tapah).

Manakala tiga Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan  dan menandatangani pendirian itu tetapi tidak hadir adalah Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang); Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling) dan Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin).

Sepuluh 10 Ahli Parlimen lain yang tidak hadir adalah Khairy Jamaluddin (Rembau); Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara); Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas); Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong); Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan); Datuk Mohamad Alamin (Kimanis); Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar); Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit); Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya) dan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (Tanjung Piai).

Ketetapan dinyatakan Timbalan Perdana Menteri itu turut menerima sokongan MCA dan MIC, yang berikrar untuk terus setia bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN). - Getaran, 6 Ogos 2021

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

Sukan 16 jam yang lalu

Piala Thomas: Tze Yong Digugurkan, Hon Jian Isi Kekosongan – Rexy