web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tindakan Ahli Parlimen Maran Tidak Selari Keputusan Parti

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 6:11PM

Shahaniza berkata, tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu seolah-olah membelakangi keputusan parti. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Keputusan ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sangat mengecewakan UMNO Bahagian berkenaan.

Sebagai ahli Parlimen mewakili UMNO, Ismail sepatutnya akur dengan keputusan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang secara jelas mengumumkan bahawa UMNO tidak lagi bersama kerajaan PN dan Muhyiddin.

Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, tindakan Ismail yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu seolah-olah membelakangi keputusan parti dan bercanggah dengan kehendak UMNO.

“Kita sangat dukacita dan kecewa dengan beliau, khususnya berkait sokongan terhadap Perdana Menteri yang secara tidak langsung membelakangi kehendak pucuk pimpinan UMNO.

“Jadi, kita ingin mengingatkan semua ahli (UMNO) di semua peringkat supaya menghayati slogan ‘Bersatu-Bersetia-Berkhidmat’ serta prinsip Rukun Negara,” katanya melalui satu hantaran di laman Facebook rasmi miliknya, hari ini.

Semalam, Ismail melalui kenyataan media mengumumkan untuk terus menyokong penuh Muhyiddin dan kerajaan PN.

Katanya, sebagai Timbalan Menteri kerajaan Persekutuan, beliau akan terus melaksanakan dan memberi khidmat demi rakyat, agama, bangsa dan negara.

Muhyiddin dalam perutusan rasmi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang semalam turut mengumumkan bahawa beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Shahaniza selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri berkata, UMNO Maran berdiri teguh di belakang Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menyokong keputusan dibuat Ahmad Zahid.

“Keputusan parti perlu dihormati semua pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat dan usaha untuk membantu rakyat perlu dijadikan agenda utama untuk dilaksanakan,” katanya.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang, turut meminta barisan kepimpinan UMNO negeri dan ahli akar umbi bersama menyokong pendirian parti, selari dengan keputusan dicapai pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu. - Getaran, 5 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad