web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Giliran Mohd Razlan Lepaskan Jawatan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 6:18PM

Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagi menghormati keputusan parti, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), hari ini.

Menurut beliau, tindakan itu selari dengan keputusan UMNO yang menarik semula sokongan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tindakan itu bermakna Mohd Razlan adalah pemimpin UMNO ketiga yang berbuat demikian Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Shamsul Anuar yang juga Ahli MKT UMNO meletakkan jawatannya sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli kelmarin, manakala Mohamed Khaled mengambil keputusan sama untuk melepaskan kedudukan sebagai Pengerusi Boustead Holdings Berhad, berkuat kuasa hari ini.

“Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sudi melantik saya sebagai Ahli Lembaga Pengarah LTAT.

“Sebagai mentaati keputusan UMNO yang menarik sokongan kepada kepemimpinan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah LTAT,” katanya.

Mohd Razlan berkata, UMNO sebagai parti menjunjung kedaulatan Raja-Raja Melayu dan meletakkan keutamaan kepada rakyat, tidak akan mensia-siakan nasib penduduk yang sedang diabaikan Perdana Menteri.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga kerja LTAT yang selama ini memberi kerjasama baik sepanjang perkhidmatan saya,” katanya. - Getaran, 5 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 10 bulan yang lalu

PM Tegas Tidak Letak Jawatan, Tekad Pacu Pembangunan Negara

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC