web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Benarkan Semua Ahli Dewan Rakyat Hadiri Sidang Parlimen

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 5:36PM

Komuniti Perintis untuk Parlimen Profesional gesa semua anggota Dewan Rakyat dibenarkan menghadiri sidang Parlimen pada 26 Julai ini, bukan dihadkan kepada 80 orang sahaja. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa membenarkan semua anggota Dewan Rakyat menghadiri sidang Parlimen 26 Julai ini, berbanding meletakkan had jumlah kepada 80 ahli, seperti yang sedang dipertimbangkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Komuniti Perintis untuk Parlimen Profesional berkata, tindakan berkenaan bukan sesuatu yang relevan memandangkan kesemua Ahli Parlimen berkenaan sudah melengkapkan dos vaksin masing-masing, malah majoriti petugas dan pengiring juga telah diberikan dos pertama, sebelum proses vaksinasi mereka selesai sepenuhnya menjelang akhir bulan ini.

Katanya, ketiadaan sidang Parlimen selama hampir tujuh bulan membuatkan pelbagai isu dan permasalahan rakyat tertangguh, sedangkan ia menuntut tindakan segera semua pihak berkaitan.

“Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 sehingga Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini, ditambah Proklamasi Darurat 2021 bersama Ordinan diwartakan kerajaan terus menemui jalan buntu dalam menyelesaikan krisis COVID-19 dan ekonomi.

“Inilah masanya Ahli Parlimen diberikan ruang seluas-luasnya untuk membawa segala resah rakyat, sekali gus sama-sama menawarkan solusi terbaik,” jelas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam satu kenyataan bersama.

Turut menandatangani kenyataan terbabit adalah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), ENGAGE serta Bait al Amanah.

Sebelum ini, Mohd Rashid dilaporkan berkata, pihaknya sedang menimbangkan kemungkinan untuk mengehadkan kehadiran Ahli Parlimen kepada hanya 80, berbanding jumlah keseluruhan 220 untuk menyertai sesi Dewan Rakyat itu.

Katanya, ia mencakupi kehadiran 44 Ahli Parlimen kerajaan dan 36 dari blok pembangkang.

Menurut komuniti itu lagi, kerajaan seharusnya mencontohi sidang Parlimen negara luar yang masih bergerak secara aktif walaupun ketika negara mereka berdepan ancaman COVID-19.

Parlimen di luar negara juga katanya, bersedia meminda peraturan mesyuarat bagi melaksanakan model persidangan secara hibrid, iaitu membabitkan gabungan kehadiran secara fizikal dan maya.

“Keengganan untuk berfikir jauh dan menyediakan diri serta Parlimen bagi mengikuti persidangan secara hibrid hanya akan menjahanamkan demokrasi jika varian baharu COVID-19 menjadi lebih kuat.

“Atas dasar ini, Dewan Rakyat dan Dewan Negara seharusnya meluluskan usul ketika permulaan persidangan, untuk Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara menyediakan pindaan peraturan yang perlu untuk persidangan hibrid atau maya, sebelum ia kembali ditangguhkan,” katanya. – Getaran, 21 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Reformasi MITRA Berjaya Dilaksanakan Di Bawah Kepimpinan Anwar - Ramanan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad