web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Boleh Mencelah, Tanya Soalan Pada Sidang Khas Parlimen - Saifuddin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 4:41PM

Saifuddin Abdullah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Ahli Parlimen boleh mencelah dan bertanya soalan malah berbahas pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Julai, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata penggunaan perkataan ‘penerangan daripada menteri’ pada takwim Parlimen adalah sebagai istilah dan tidak bermaksud ‘wakil rakyat hadir ke Parlimen sekadar untuk mendengar penerangan kerajaan’.

“Istilah ‘penerangan daripada menteri’ itu adalah bermaksud menteri akan menyampaikan penerangan tentang sesuatu dan setakat yang saya tahu, standing orders (peraturan-peraturan mesyuarat) membenarkan Ahli Parlimen untuk mencelah dan bertanya.

“... dan terpulang kepada Speaker jika hendak memberikan masa untuk dibahaskan. Bukan bermakna seseorang menteri itu bercakap dan yang lain mendengar sahaja,” katanya pada sidang media secara maya selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan sekitar Parlimen Indera Mahkota, di sini hari ini.

Saifuddin berkata demikian semasa diminta mengulas tindakan segelintir ahli Parlimen pembangkang yang berpendapat lebih baik sidang khas Parlimen pada hujung bulan ini diadakan secara maya termasuk secara ‘Facebook live’ jika, sekadar mendengar kuliah menteri.

Saifuddin juga mengalu-alukan soalan termasuk daripada warganet yang kurang jelas mengenai penggunaan istilah ‘penerangan daripada menteri’ dan menyifatkan ia sebagai perkembangan sihat yang memberi peluang kepada beliau dan teman-teman kerajaan untuk memberi penjelasan sebenarnya.

Menerusi program hari ini, selain menyantuni individu yang layak, sumbangan bakul makanan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) itu turut diberikan kepada Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) Pahang melalui Pengerusinya Datuk Seri Ng Chong Keong.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata semua 6,000 bakul makanan menggunakan peruntukan RM300,000 di bawah PEMULIH yang diterimanya sudah selesai diagihkan hari ini, sejak dimulakan pada 10 Julai lepas.

Bakul makanan bagi Parlimen Indera Mahkota, menurut Saifuddin, berisi 11 barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, milo, minyak masak dan susu menggunakan peruntukan PEMULIH, manakala sumbangan pelitup muka dan cecair basmi kuman menggunakan peruntukan Ahli Parlimen.

“Selepas ini, kita akan teruskan dengan pemberian bakul makanan sumbangan pelbagai pihak lain, termasuk daripada Perikatan Nasional (PN) yang menyediakan bakul makanan untuk semua 222 kawasan Parlimen dengan setiap satu akan menerima 500 unit.

“Sebagai Pengerusi PN Negeri, saya telah bermesyuarat dengan pihak terlibat dan melantik koordinator untuk pengagihan bakul makanan ini, melibatkan tujuh daripada PAS, Bersatu (enam) dan seorang daripada Gerakan,” katanya.

Saifuddin yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pahang mengalu-alukan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memaklumkan pihaknya jika ada individu yang layak menerima bantuan bakul makanan walaupun tidak dikategorinya sebagai B40, mengambil kira kesan pandemik COVID-19.

Katanya, sebelum ini terdapat data mengenai penerima B40 daripada pelbagai pihak termasuk sistem e-Kasih, namun kini akibat pandemik yang berpanjangan, ramai yang telah kehilangan mata pencarian dan mereka ini tidak dimasukkan dalam data berkenaan.

“Kita tahu semakin ramai terkesan kerana jumlah yang menelefon atau walk-in ke Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota menunjukkan peningkatan, menyebabkan kita sentiasa menambah barangan di gerobok asnaf termasuk meletakkan susu bayi dan lampin pakai buang,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Politik 4 minggu yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

4

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad