web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Sabah Setia Bersama GRS, Tiada Tekanan Dari KL

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 9:10PM

Bung Moktar Radin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - UMNO Sabah tetap teguh meneruskan mandat rakyat untuk setia bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Perkara itu ditegaskan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, sekali gus menafikan khabar angin bahawa kerajaan negeri di pentadbiran GRS akan tumbang, serentak dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN).

"Tiada tekanan dari Kuala Lumpur terhadap UMNO Sabah untuk meninggalkan GRS kerana Sabah telah diberikan autonomi bagi membuat keputusan di peringkat negeri.

"Oleh itu, tiada keperluan untuk UMNO Sabah meninggalkan GRS dan kami akan terus bekerja mengembalikan keyakinan rakyat serta memulihkan ekonomi negeri,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin.

Mohamad pada sidang itu turut menyokong keputusan Ketua UMNO Sabah untuk kekal bekerjasama dengan GRS di peringkat negeri.

"GRS sudah diberikan mandat oleh rakyat bagi memimpin negeri Sabah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 pada September 2020," katanya.

Pada PRN lalu, UMNO Sabah memenangi 16 daripada 79 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) masing-masing membolot 23 serta enam kerusi, bagi membentuk pakatan GRS.

Ia membolehkan GRS berada pada kedudukan selesa iaitu 45 kerusi, berbanding Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN), DAP, PKR, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan ADUN Bebas iaitu 32 kerusi. – Getaran, 8 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 2 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 16 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan