web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hangat Dan Tegang, Mesyuarat MT UMNO Cetus Spekulasi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 12:56AM

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suasana tegang dan hangat malam ini.

Puncanya? Ramai Ahli Majlis Tertinggi Umno bertikam lidah antara satu sama lain akibat perbalahan pendapat mengenai perkembangan situasi politik terkini.

Itu gambaran diberikan oleh sumber dalaman UMNO tentang mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti yang berlangsung dari 8.30 malam hingga tengah malam tadi.

Ramai ahli MT dikatakan berang dengan tindakan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menerima perlantikan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri semalam.

Sebelum ini, beliau menyandang portfolio Menteri Kanan (Pertahanan).

“Mereka tidak menyokong perbuatan dia (Ismail Sabri). Mereka rasa dia sepatutnya berbincang dahulu perkara tersebut dengan ahli-ahli MT yang lain,” kata sumber.

Ada juga berpendapat, perbuatan Ismail Sabri itu bercanggah dengan pendirian parti yang sudah membuat ketetapan untuk menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) menjelang Ogos ini.

“Perkara ini (penarikan diri daripada PN) sudah dimaklumkan kepada ahli-ahli parti semasa Persidangan Tahunan UMNO baru-baru ini.

“Perlantikan jawatan dipercayai adalah gula-gula dari PN untuk memecah belahkan UMNO. Jawatan yang diterima Ismail Sabri itu tidak akan mengukuhkan kedudukan UMNO dalam PN,” tambah sumber berkenaan.

Mesyuarat MT kali ini diadakan secara hibrid, dengan beberapa pemimpin kanan hadir secara fizikal, termasuk Ismail Sabri dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, selain Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selain Ismail Sabri, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melantik bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. - Getaran, 8 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Luar Negara 25 minit yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad