Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Apa Sebenarnya Rancangan Perikatan?

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 2:28PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Prospek pengganti jawatan Perdana Menteri jika Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba mengosongkan jawatan berkenaan masih penuh dengan ketidakpastian.

Pemerhati politik dan perlembagaan yang dihubungi The Vibes memberikan pandangan berbeza mengenai bagaimana peralihan dalam penyusunan politik semasa dan demi kepentingan pihak-pihak dalam Perikatan Nasional (PN).

Pandangan yang berbeza ini menunjukkan keadaan senario yang goyah dan rumit.

Dan situasi unik yang dialami kerajaan hari ini adalah hasil daripada keputusan luar biasa yang dibuat oleh Muhyiddin pada tahun lepas, apabila beliau tidak melantik Timbalan Perdana Menteri, buat kali pertama dalam sejarah negara.

Muhyiddin menyatakan bahawa keempat-empat mereka mempunyai kedudukan yang sama, walaupun tanggungjawab untuk mengawasi tugas Perdana Menteri ketika ketiadaannya akan digalas oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketika itu, keputusan beliau tidak menamakan Timbalan Perdana Menteri - yang mungkin diberikan kepada UMNO - dilihat sebagai langkah yang dirancang untuk menjaga kedudukannya dan menghindari tekanan yang tidak perlu.

Namun dengan ketidakpastian berhubung kedudukan dan masa depannya, keputusan tidak melantik timbalannya boleh membawa kesan yang tidak diingini.

Spekulasi sebelum ini tersebar bahawa Muhyiddin mungkin melantik Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai timbalannya, dan dari UMNO akan menggantikannya sebagai ketua pentadbiran dalam masa beberapa bulan.

Menteri Luar - yang merupakan Ahli Parlimen Sembrong - telah menolak khabar angin itu, sekali gus mencetuskan persoalan apakah sebenarnya rancangan PN.

Masalah boleh dielak jika Timbalan Perdana Menteri dilantik

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Jeniri Amir berkata, ketiadaan Timbalan Perdana Menteri berpotensi mencetuskan perebutan kuasa di kalangan menteri dan Ahli Parlimen di kalangan PN, apabila Muhyiddin mengosongkan jawatannya.

Jeniri Amir - Gambar Bernama
Jeniri Amir - Gambar Bernama

Secara khususnya, Jeniri berkata, kedudukan berkenaan sepatutnya diserahkan kepada UMNO sejak permulaan, memandangkan Ahli Parlimen UMNO adalah yang paling ramai dalam kerajaan.

''Tanpa nombor dua, parti-parti akan berebut kedudukan teratas,'' katanya kepada The Vibes. ''Bagi UMNO khususnya, mereka akan merasakan mereka memiliki kesahihan, berdasarkan alasan kuat bahawa mereka adalah parti terkuat dalam PN.

"Tapi seperti sekarang, ada banyak yang tidak jelas. Mustahil untuk mempunyai pelan penggantian jika tiada Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak tahu bagaimana ia adalah langkah strategik untuk tidak membuat pelantikan.

Parti Bersatu ketinggalan di belakang UMNO dari segi jumlah, sama seperti yang berlaku kepada Pakatan Harapan (PH) dengan pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ditanya sama ada Yang di-Pertuan Agong harus campur tangan dan memudahkan penggantian Muhyiddin pada masa depan, Jeniri berkata: ``Saya rasa itu tidak bijak. Perdana Menteri, yang mempunyai sejarah panjang dalam politik, harus cukup faham untuk membuat keputusan sendiri.''

Kuasa Agong untuk memutuskan siapa akan menjadi PM

Berbeza dengan pandangan Jeniri, pakar perlembagaan, Prof Emeritus Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain menekankan bahawa Agong mempunyai peranan lebih besar dalam memutuskan siapa Perdana Menteri seterusnya.

Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik, Universiti Malaysia Pahang (ITKAS), Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, antara kuasa lain, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara mengenai pelantikan Perdana Menteri, seperti dalam Artikel 40 (2) (a) perlembagaan.

Selain itu, katanya, melantik Timbalan Perdana Menteri tidak menjamin beliau akan dilantik sebagai ketua pentadbiran, kerana calon masih perlu mendapatkan sokongan majoriti Dewan Rakyat.

Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain - Gambar Bernama
Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain - Gambar Bernama

Akhirnya, Agong yang akan menentukannya. Baginda akan melantik Perdana Menteri, yang dalam pertimbangan Seri Paduka kemungkinan mendapat kepercayaan majoriti Parlimen. Tidak kisah siapa dan dari parti mana.

Fauzi berkata, Perdana Menteri mungkin mencadangkan nama penggantinya, namun Agong tidak semesti mendengar nasihatnya.

Beliau menambah bahawa Ahli Parlimen juga tidak perlu, secara paksa, membuktikan mereka mendapat sokongan Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, kerana ia boleh dicabar menerusi undi tidak percaya, seperti halnya dengan Muhyiddin.

Ditanya sama ada potensi untuk berlaku ketidakstabilan jika pelantikan dilakukan seperti kaedah berkenaan, Fauzi berkata, Agong, mungkin, dengan nasihat Perdana Menteri, membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan baharu.

''Juga, saya tidak rasa adalah perlu untuk mempunyai Timbalan Perdana Menteri sebagai persiapan memegang jawatan teratas. Keputusan itu sepatutnya diserahkan kepada Agong, dan saya rasa ia adalah adil,'' katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin percaya Muhyiddin mungkin sudah ada penggantinya, mengetahu kedudukan PN, namun tidak didedahkan.

Beliau mungkin memilih penggantinya antara Azmin – dari Bersatu – dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari UMNO, kedua-duanya menteri kanan.

Penganalisis politik itu berkata, ketika berlaku ketidakpastian mengenai penggantinya, Muhyiddin pasti akan menamakan pemangku Perdana Menteri sekiranya keadaan memerlukan, terutama jika beliau mempunyai masalah kesihatan.

Shamsul juga memandang remeh perbalahan di kalangan komponen PN mengenai siapa yang sepatutnya memegang kedudukan teratas, mengetahui dengan baik kedudukan yang tidak menguntungkan mereka, di mata orang ramai.

''Saya tidak percaya akan berlaku perebutan dalam kedudukan, kerana mereka tahu mereka hanya akan kalah. Seperti sekarang, kedudukan mereka sangat tidak stabil.

“Juga, saya rasa seperti 2018, pemimpin lebih terbuka mengenai rundingan. Mereka tidak mempunyai pilihan lain kecuali mencari jalan penyelesaian secara aman disebabkan keadaan mereka yang tidak menentu.

Anda harus tahu bahawa ahli politik selalu menjaga diri mereka sendiri dahulu, bagi memastikan mereka kekal dalam kerajaan. - The Vibes, 4 Julai 2021.

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Semasa 4 jam yang lalu

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Semasa 1 hari yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi