web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PKR Juga Tidak Terlepas Miliki Ahli Yang Khianat - Anwar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 12:56PM

Anwar menyeru, semua ahli supaya terus menolak sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa dan khianat. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, parti itu juga tidak terlepas daripada memiliki ahli yang memiliki sikap khianat, korup dan rasuah.

Untuk itu beliau menyeru, semua ahli supaya terus berpegang dan mempertahankan idealisme perjuangan parti, yang menolak sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa dan khianat.

“Kita (perlu) perkuatkan jentera (dan) tingkatkan persefahaman. Adakah kita parti yang sudah ‘perfect’? tidak ... ada juga pemimpin yang khianat, ada yang bila ada jawatan mula kumpul harta. Dalam Keadilan (PKR) kita tengok ada juga yang korup, rasuah.

“(Kita) harus kembali menggilap idealisme perjuangan parti ... tolak rasuah, keangkuhan, salah guna kuasa. Jangan diizinkan muncul baik kekuatan pemimpin, kerajaan negeri atau tokoh-tokoh yang (akan) membina kelompok kecil, yang memungkinkan kemunculan kelompok kecil yang kita hadapi dahulu yang menikam kita,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2020 yang diadakan sepenuhnya secara maya, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

Kongres Nasional berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada 6 Jun lepas diadakan hari ini, selepas diarah supaya ditangguhkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 4 Jun lepas.

Ucapan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu, diikuti kira-kira 2,000 perwakilan, turut menyentuh mengenai pandemik COVID-19 yang dihadapi negara, yang menurutnya hanya dengan mempercepatkan proses vaksinasi, akan membolehkan negara keluar dari kemelut itu dengan segera. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 minit yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 3 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 37 minit yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad