web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Menghadap Agong Hari Ini

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 4:32PM

Kenderaan yang membawa Muhyiddin keluar daripada pekarangan Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini. - Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menjelang Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang dijadualkan berlangsung esok, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini. 

Kenderaan membawa Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu utama pada 2.20 petang, dan beredar meninggalkan Istana Negara pada 3.30 petang.

Sesi sembah maklum oleh Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu hari ini mempunyai kaitan dengan sesi pertemuan pemimpin parti-parti politik yang dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong sejak Rabu lepas.

Seramai 18 pemimpin parti politik menghadap secara bersemuka dan maya di Istana Negara sehingga petang ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Tun Arifin Zakaria dan beberapa ahli jawatankuasa itu turut menghadap Seri Paduka pada sebelah pagi.

Jawatankuasa khas yang ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 itu dianggotai 19 individu yang terdiri daripada pakar kesihatan awam, wakil parti politik pembangkang dan kerajaan, tokoh bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, ketenteraman awam, pentadbiran awam dan undang-undang, mufti serta wakil dewan perniagaan. 

Esok, tumpuan bakal terarah kepada Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang berlangsung di Istana Negara bagi membincangkan soal berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat. 

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu adalah kali kedua diadakan di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019. 

Kali pertama Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu adalah pada 25 Okt tahun lepas. - Bernama

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 15 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan