web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO Sambut Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

Politik Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2026 3:26PM

Gambar Facebook Sultan Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - UMNO menyambut ulang tahun ke-80 di Istana Besar Johor di sini sebagai simbolik memperingati sejarah penubuhan parti itu.

Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara yang hadir bagi meraikan sambutan bersejarah Itu.

Turut hadir Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Agung Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta barisan kepimpinan tertinggi parti berkenaan.

Sambutan itu turut menyaksikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan mengabadikan kenangan bersama kepimpinan parti itu di Tangga Selat, Istana Besar Johor.

Tangga Selat adalah 'lokasi' tertubuhnya parti itu di istana berkenaan pada 11 Mei 1946.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam hantaran di Facebook beliau berkata menjangkau usia 80 tahun, UMNO telah melalui pelbagai fasa jatuh dan bangun, pernah diuji dengan cabaran politik, perpecahan, persepsi dan perubahan zaman.

"Namun UMNO terus berdiri kerana kekuatannya bukan terletak pada nama semata-mata tetapi pada jiwa perjuangan ahli-ahlinya yang tetap setia mempertahankan agama, bangsa dan tanah air," katanya.

Majlis sambutan ulang tahun berkenaan turut diisi dengan bacaan tahlil ringkas dan doa selamat.

Barisan Majlis Tertinggi UMNO juga dijadualkan mengadakan mesyuarat di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor di sini pada 3 petang hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 8 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

2

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

3

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar