web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Hentikan Perbalahan Dalaman, Utamakan Khidmat Untuk Rakyat’ - Anwar

Politik Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2026 9:15PM

Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kepimpinan PKR digesa menghentikan perbalahan dalaman dan menumpukan kepada tugas utama mereka iaitu berkhidmat untuk rakyat, sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU).

Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, barisan kepimpinan di semua peringkat seharusnya tidak lagi terlibat dengan konflik seumpama itu, yang hanya akan menjejaskan produktiviti parti. 

Menurut beliau, sebarang usaha dan fokus ketika ini perlu disalurkan kepada berkhidmat demi rakyat.

Tegasnya, ketua cabang yang gagal menunjukkan prestasi wajar mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan.

Dalam hal ini katanya, setiausaha agung parti telah diberi kuasa penuh untuk menilai prestasi kepimpinan cabang.

“Kita mesti membuat persediaan dari sekarang untuk menghadapi PRU. Usaha dan kerja mesti seiring, bukan berbalah perkara remeh, dan jangan terlalu memikirkan masalah kerana ia tidak akan selesai,” katanya.

“Mesyuarat diadakan sebulan sekali tetapi masih ada yang malas. Jadi ketua cabang, jika malas atau lembap, lebih baik bercuti sekarang. Tidak perlu terus memegang jawatan ketua cabang. Jika mahu memimpin, pimpinlah dengan baik.

“Rakyat mahukan pemimpin yang mempertahankan kebajikan mereka dan mengangkat martabat negara,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Mini PKR Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Anwar yang juga Perdana Menteri turut mengkritik sikap tidak konsisten segelintir pemimpin parti, apabila hanya aktif ketika bertanding jawatan tetapi menjadi pasif selepas menang.

“Parti ini bukan milik mana-mana individu. Ia milik rakyat, milik mereka yang mahu bekerja dan berjuang untuk mengangkat nasib rakyat.

"Ketika berkempen merebut jawatan, ada yang sanggup berjaga hingga jam 3 pagi, tetapi selepas menang, tidak membalas mesej WhatsApp, tidak menjawab panggilan telefon dan malas menghadiri mesyuarat,” katanya.

Beliau memberi amaran, prestasi cabang akan dipantau rapi, dengan keputusan peruntukan kewangan bergantung secara langsung kepada tahap aktiviti dan pertambahan keahlian.

“Cabang yang tiada pertambahan ahli dan tiada aktiviti tidak akan diberikan peruntukan,” katanya. - Getaran, 18 April 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 5 jam yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Semasa 4 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

3

Politik 4 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad