web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Majlis PH Tolak Cadangan Tubuhkan MAGERAN

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 12:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menamatkan penguatkuasaan darurat dan membuka semula sidang Parlimen pada kadar segera.

Majlis Pakatan Harapan (PH) hari ini berkata, pihaknya serentak dengan itu turut menolak saranan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sebagai parti yang menjunjung prinsip demokrasi berparlimen, PH menolak cadangan MAGERAN ini berdasarkan pendirian konsisten kami bahawa darurat perlu ditamatkan segera dan Parlimen perlu dibuka semula sekarang.

“Penyelesaian kepada masalah rakyat dalam isu COVID-19, ekonomi, dan politik memerlukan demokrasi yang berfungsi dengan baik, justeru ruang untuk mendengar suara rakyat serta mencari penyelesaian ialah di Parlimen,” kata majlis itu dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR, kenyataan tersebut turut ditandatangani Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pengerusi AMANAH, Mohamad Sabu.

Dr Mahathir menerusi satu sidang media semalam memaklumkan, beliau mempersembahkan cadangan penubuhan MAGERAN ketika mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara beberapa jam sebelum itu.

Beliau berkata, MAGERAN perlu ditubuhkan segera bagi menyelesaikan empat krisis besar yang semakin parah membelenggu negara pada waktu ini selepas ia gagal diselesaikan oleh kerajaan sedia ada terutamanya dalam memerangi pandemik COVID-19.

Cadangan itu bagaimanapun ditolak ramai, termasuk oleh barisan kepimpinan UMNO dan DAP.

Yang di-Pertuan Agong sejak dua hari lalu berkenan memanggil mengadap semua pemimpin parti politik, termasuk dari blok pembangkang bagi mendengar segala isu berbangkit yang melatari negara ketika ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah individu pertama mengadap baginda, sebelum diikuti pemimpin parti lain. - Getaran, 11 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 2 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 54 minit yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 42 minit yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai