web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pilih Wakil Yang Boleh Berunding Dengan Saya - Anwar

Politik Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2025 4:59PM

Perdana Menteri (kanan) bersama calon PH untuk DUN Bandau, Zaidi Jatil - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA MARUDU - Rakyat Sabah, khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau, diminta memilih wakil rakyat yang mampu bekerjasama dan berunding secara langsung dengan kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pembangunan di kawasan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada Program Temu Rapat PMX Sayang Sabah di Kota Marudu, Anwar menekankan kepentingan menyokong calon Pakatan Harapan (PH) di DUN berkenaan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, Zaidi Jatil bagi memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar.

"Pilih wakil yang boleh runding dengan saya, yang jaga Bandau. Menang saja Zaidi, saya bagi dia tempoh sebulan, senaraikan apa masalah di Bandau.

“Sebulan atau (sehingga) minggu pertama Januari (2026) semua masalah, sedaya upaya kita bantu," kata Anwar.

Beliau berkata kehadirannya ke Bandau berikutan laporan menunjukkan DUN yang terletak kira-kira 124 kilometer dari Kota Kinabalu itu dan menyaksikan persaingan 13 penjuru berpotensi dimenangi PH.

Selain itu, Anwar berkata beliau merupakan pemimpin paling kerap mengunjungi Sabah sejak menjadi Perdana Menteri dan ia menjadi bukti komitmen terhadap pembangunan negeri tersebut.

Beliau turut memuji kebijaksanaan rakyat Sabah dalam mengekalkan keharmonian pelbagai kaum dan menyifatkan kestabilan serta keamanan negeri itu, hasil daripada kesediaan bekerjasama merentasi perbezaan etnik, agama dan budaya.

"Negeri ini aman kerana rakyat bijak. Suku kaum lain-lain, warna kulit lain-lain, agama lain-lain, tetapi semua bekerjasama. Sebab itu Sabah boleh kekal aman," kata beliau.

Dalam ucapannya, Anwar mengulangi komitmen kerajaan Persekutuan terhadap pemulangan 40 peratus hasil Sabah, serta menyatakan buat pertama kali kerajaan Pusat dan negeri berjaya mencapai persetujuan untuk melaksanakannya.

Selain itu, Perdana Menteri menyenaraikan beberapa langkah signifikan yang diambl kerajaan termasuk kenaikan gaji penjawat awam yang tertinggi dalam sejarah, peningkatan gaji minimum kepada RM1,700, pemotongan gaji menteri sebanyak 20 peratus dan keputusannya untuk tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

2

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

3

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

4

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad