web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BN Pertahan Ayer Kuning, Ustaz Yusri Menang Dengan Majoriti 5,006 Undi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2025 11:01PM

Dr Mohamad Yusri Bakir (depan) bersama jentera pasukan gembira dengan kemenangan BN - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH - Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning apabila calonnya, Dr Mohamad Yusri Bakir menang dengan majoriti 5,006 undi dalam saingan tiga penjuru.

Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri, meraih 11,065 undi untuk menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada Perikatan Nasional yang

memperoleh 6,059 undi dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS (1,106 undi).

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori di pusat penjumlahan undi di Dewan Merdeka di sini malam ini.

Ahmad Redhauddin turut mengumumkan bahawa 289 undi ditolak dan peratusan keluar mengundi pada PRK itu ialah 58.07 peratus.

Keputusan itu menyaksikan DUN Ayer Kuning terus menjadi kubu kuat BN yang dikuasai parti berkenaan sejak 1986.

Pilihan Raya Umum ke-15 pada November 2022 menyaksikan Ishsam Shahruddin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, menang kerusi DUN itu dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.

Dalam pada itu, kemenangan Mohamad Yusri, 54, diraikan pemimpin BN dan Pakatan Harapan yang mengiringi beliau ke Dewan Merdeka pada 9.30 malam.

Antara yang hadir Menteri Besar Perak merangkap Pengarah PRK DUN Ayer Kuning Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon dan Penyelaras DAP bagi PRK Ayer Kuning Howard Lee Chuan How.

PRK itu diadakan susulan kematian Ishsam pada 22 Februari lepas akibat serangan jantung.

Kerusi DUN Ayer Kuning mempunyai 31,897 pemilih berdaftar terdiri daripada 31,281 pengundi biasa.

Pada Selasa lepas, sebanyak 93.4 peratus daripada 500 anggota polis dan pasangan telah menunaikan tanggungjawab mereka di dua pusat mengundi semasa proses pengundian awal PRK berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

2

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

3

Politik 10 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

4

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar