web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Negara Ditadbir Kerajaan ‘Samseng’ - Anwar

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 10:08AM

Anwar bersedia bekerjasama dengan ‘musuh’ untuk kebaikan negara. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendekatan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menyalahgunakan kuasa dalam menangani kritikan adalah tanda bahawa pentadbiran ini dikawal oleh “samseng”, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian selepas seorang jurujual ditahan polis pada Jumaat kerana ciapan di akaun Twitternya yang mempersoal dana RM70 juta untuk sistem digital dan laman sesawang pengagihan vaksin.

Kelmarin, Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran ditahan polis berikutan satu sidang media di mana beliau bercakap mengenai gangguan yang diterima oleh beberapa pelancong dari India yang dikuarantin di Hotel Istana tetapi tidak dapat membayar yuran penginapan tambahan selepas tempoh isolasi mereka dipanjangkan selama tujuh hari kepada 21 hari.

“Sesiapa sahaja yang mengkritik kerajaan, akan ditahan. Apa ini? Sebuah negara yang ditadbir oleh samseng?

“Mereka menggunakan pengisytiharan darurat bukan untuk mentadbir negara dengan baik, tetapi untuk menyeksa rakyat.

“Kes kematian disebabkan COVID-19 semakin meningkat. Pesakit di unit rawatan rapi semakin meningkat. Kes positif COVID-19 kian berlambak, tetapi ujian saringan berada di tahap rendah,” kata Anwar dalam satu perutusan khas di laman Facebook Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

Beliau berkata pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin telah gagal dalam menangani dan mengawal pandemik COVID-19 di negara ini.

Presiden PKR itu menambah, kerajaan tidak mampu untuk membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat dan Muhyiddin telah hilang arah dalam mentadbir negara.

Oleh itu, katanya, kesemua parti pembangkang mesti bekerjasama untuk menyelamatkan negara, yang katanya hampir lumpuh disebabkan pandemik ini.

Bersedia bekerja dengan ‘musuh’

Disebabkan oleh itu, Anwar tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan “musuhnya”.

“Selain daripada sekutu dalam Pakatan Harapan (PH), PKR mesti terbuka minda dalam menerima kerjasama dengan parti lawan.

“Walau bagaimanapun, kita tidak akan setuju jika mereka cuba merebut kuasa dan meneruskan amalan kronisme.

“Kami terbuka untuk bekerjasama dengan mereka yang dianggap sebagai musuh di masa lampau, dan kami pun pernah berbuat demikian sebelum ini,” katanya. - Getaran, 7 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 1 hari yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 4 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad