web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Terengganu Sentiasa Jalin Hubungan Baik Dengan Kerajaan Persekutuan - MB

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2024 10:19PM

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu sentiasa menjalin hubungan dan kerjasama baik dengan Kerajaan Persekutuan serta menerima reaksi positif daripada kementerian termasuk pelbagai dana menerusi program berkaitan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sejak hari pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (2018) hingga kini, jalinan hubungan baik dengan Persekutuan sering diutamakan dan menjadi pendekatan kerajaan negeri.

"Saya selalu tekankan kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya bertemu dan berbincang dengan kementerian berkaitan dengan portfolio masing-masing demi kebaikan rakyat Terengganu.

"Jadi, ini secara berterusan dan Alhamdulillah respons daripada rakan-rakan di kementerian sangat baik dan ada perkara yang telah kita mampu capai serta peroleh dana daripada program bersama dengan Kerajaan Persekutuan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15, di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sewaktu Istiadat Pembukaan Penggal Kedua DUN Ke-15 bertitah mahu kerajaan negeri mengambil pendekatan komprehensit merancang pengurusan kewangan yang efektif dalam menghadapi cabaran ekonomi kini, antaranya dengan memperkasakan jalinan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan. 

Baginda bertitah melalui jalinan kerjasama bersama Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri perlu menyusun strategi jangka pendek, sederhana dan panjang secara komprehensif bersama jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri tersebut.

Titah baginda, kerjasama tersebut merangkumi perancangan cadangan projek-projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang akan berakhir pada 2025 dan ia hendaklah diteruskan bagi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan bermula pada 2026. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar